Pemain Bola Sepak Profesional Indonesia Patah Kaki, Kena “Tackle” Ketika Main Liga Kampung

Pemain Bola Sepak Profesional Indonesia Patah Kaki

Pemain Bola Sepak Profesional Indonesia Patah Kaki, Kena “Tackle” Ketika Main Liga Kampung

Pemain bola sepak profesional Indonesia, Akhirul Wadhan patah kaki selepas dikasari oleh seorang pemain pertahanan pasukan lawannya, lapor Tribun News.

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku pada Khamis, 18 Mei semasa perlawanan bola sepak amatur diantara kampung yang menyaksikan pasukan Putra Kuta Blang menentang Pemuda Muara Batu.

Video Akhirul yang terkena terjahan keras sehingga patah kaki itu tular di media sosial Indoneisa.

Pemain dari Aceh itu mengalami patah kaki akibat terjahan keras dari belakang oleh seorang pemain lain sehingga mengakibatkan kakinya patah.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik oleh @terangmedia di Instagram jelas memperlihatkan keadaan kaki Akhirul selepas terjahan itu.

Kredit Instagram via @terangmedia

Pemain itu juga terpaksa dibawa keluar dari padang sebelum segera digegaskan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Pemain itu terpaksa dibawa keluar padang

Akibat kejadian itu, Akhirul dikatakan terpaksa berehat dari kerjaya bola sepaknya buat sementara waktu sehingga dia benar-benar pulih.

Kredit Instagram via @terangmedia

Usai kejadian itu, suasana semasa perlawanan menjadi kecoh antara pemain dan penyokong di luar padang.

Akhirul Wadhan ialah merupakan pemain bola sepak profesional yang dilahirkan di Tualang pada 26 September 1997.

Akhirul Wadhan bermain sebagai posisi penyerang untuk kelab liga ke-2 PSDS, Deli, Serdang.

BACA: Mata Wang Rupiah Rangkul Pengiktirafan Dunia, Kalahkan 29 Mata Wang Negara Lain

Terdahulu, Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) hari ini mengambil keputusan untuk menyingkir Indonesia selaku tuan rumah Piala Dunia B-20. PSSI juga berpotensi dikenakan penggantungan yang akan dibincangkan selepas ini.

Keputusan itu dibuat hasil pertemuan antara Ketua Umum Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI), Erick Thohir dengan Presiden FIFA, Gianni Infantino.

Menurut AFP, penyingkiran itu dibuat susulan kontroversi membabitkan penyertaan Israel dalam kejohanan tersebut. Difahamkan, gabenor di beberapa wilayah Indonesia yang menjadi venue penganjuran kejohanan tersebut enggan menerima kehadiran pasukan Israel ke wilayah masing-masing.

FIFA berkata, tuan rumah baharu akan diumumkan tidak lama lagi dan jadual kejohanan tersebut akan dikekalkan. Piala Dunia B20 dijadualkan berlangsung bermula 20 Mei sehingga 11 Jun ini.

Badan bola sepak dunia itu bagaimanapun menegaskan, pihaknya sentiasa memberi sokongan dan membantu agenda pembangunan bola sepak Indonesia yang diusahakan PSSI.

Sumber: Tribun News

The post Pemain Bola Sepak Profesional Indonesia Patah Kaki, Kena “Tackle” Ketika Main Liga Kampung appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*