Wanita Kongsi Menu Pelik, Buat Agar-agar Perisa Ikan Keli

agar-agar ikan keli

Wanita Kongsi Menu Pelik, Buat Agar-agar Perisa Ikan Keli

Tular di media sosial Indonesia berkenaan sebuah video memaparkan seorang wanita berkongsikan resepi pelik agar-agar yang diperbuat daripada ikan keli.

Perkongsian itu telah dibuat oleh seorang wanita bernama @tersakitiiii10 di TikTok.

Memetik Liputan6, ikan keli yang terkenal dengan isinya yang sedap kebiasaannya hanya digoreng kering, namun menjadikan ia sebagai agar-agar sangat di luar jangkaan.

Berdasarkan perkongsian video berkenaan, wanita itu juga dilihat menunjukkan proses memasak agar-agar ikan keli tersebut.

Menurut wanita itu, proses membuat hidangan itu hanya memerlukan dua bahan sahaja iaitu serbuk jeli dan ikan keli.

Kredit TikTok

Perkara pertama yang dilakukan wanita itu ialah merebus dua ekor ikan keli sehingga separuh masak. Kemudian ikan keli tadi diangkat dan dimasukkan ke dalam acuan jernih.

“Resepi rahsia,” tulis kapsyen muat naik video perkongsian tersebut pada 23 Jun lalu.

Serbuk jeli yang digunakan oleh wanita itu adalah sejenis berwarna putih tanpa perisa. Wanita itu menggunakan dua bungkusan jeli sekaligus dalam penyediaan resepi rahsia tersebut.

Panaskan air di dalam bekas yang berlainan. Setelah air mendidih dan mereneh, serbuk jeli dimasukkan dan digaul rata.

Wanita itu kemudian memasukkan ikan keli yang sudah direbus ke dalam acuan diikuti dengan adunan jeli tersebut. Biarkan adunan jeli mengeras sebelum dimakan dan dihidangkan.

Kredit TikTok

 

Dalam video yang sama, wanita itu juga dilihat memotong dan mahu mencuba hidangan unik tersebut.

“Teksturnya menjadi, maksud saya ia bagus,” kata wanita itu sambil memotong agar-agar tadi.

Selepas menikmati hidangan tersebut, wanita berkenaan juga memberikan markah sebanyak tujuh per sepuluh bagi jeli ikan keli resepi rahsianya itu.

Kredit TikTok

Video berdurasi dua minit itu juga telah berjaya menarik perhatian netizen dengan jumlah tontonan mencapai 7.8 juta sehingga artikel ini ditulis.

BACA: Agensi Padam Memori Manusia Diceroboh, Orang Dalam Disyaki Curi Teknologi ?

Netizen juga sempat meninggalkan komen mereka berkenaan perkongsian video tersebut. Antara komen yang ditinggalkan adalah:

“Wah, hebat sekali ya. Saya akan buat resepi ini,” tulis seorang netizen.

“Aku fikir dia mahu buat makanan untuk kucingnya,” tulis seorang lagi yang tidak mempercayai apa yang dilihatnya.

“Kak masak agar-agar udang pula kak,” tulis seorang lagi netizen yang mencadangkan hidangan agar-agar yang berlainan.

@tersakitiiii10

resep rahasia ..

♬ Radetsky March Classic Classic(829541) – Yuumi Iida

Sumber: Liputan6, TikTok via @tersakitiiii10

The post Wanita Kongsi Menu Pelik, Buat Agar-agar Perisa Ikan Keli appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*