Pemandu Berdepan Detik Cemas Kereta Hampir Terjatuh Dalam Lubang Benam

Pemandu Kereta Terjatuh Lubang

Pemandu Berdepan Detik Cemas Kereta Hampir Terjatuh Dalam Lubang Benam

UNITED KINGDOM — Seorang pemandu berdepan detik cemas apabila kenderaannya dilaporkan hampir terjatuh ke dalam sebuah lubang benam di jalan raya di Nottinghamshire pada Sabtu lalu, lapor The Mirror.

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendedahkan awalnya lubang itu muncul dalam keadaan kecil sebelum membentuk sebuah lubang besar di tengah-tengah jalan raya.

Difahamkan, lubang berkenaan mempunyai kedalaman sehingga 3.6 meter (12 kaki).

Susulan itu, pihak polis dan kakitangan lebuh raya berkenaan bergegas ke lokasi kejadian bagi segera menutup kawasan berkenaan. Hasil pemeriksaan mendapati paip pembentung bawah tanah runtuh hingga membentuk lubang itu.

Pemandu Kereta Terjatuh Dalam Lubang 

Gambar: Nottinghamshire Live/BPM Media

Pemilik kedai gunting rambut Res Barbers, Russell Gull berkata dia berjaya membantu pemandu yang terperangkap keluar dari kereta itu.

Tambahnya, tiada kecederaan yang menimpa ke atas mangsa sebaliknya mangsa dalam keadaan yang baik.

“Awalnya saya melihat seorang lelaki memberikan amaran tentang lubang di atas atas jalan itu. Sebuah kenderaan berjaya mengelaknya namun kereta seterusnya menerjah ke lubang itu.

“Kami membantu seorang lelaki keluar dari kereta. Dia juga sudah tua tetapi berada dalam keadaan baik,” katanya.

BACA JUGA: Ratusan Nyawa Penyokong Terkorban, Ini 7 Tragedi Terburuk Pernah Berlaku Dalam Sejarah Bola Sepak Dunia

Jurucakap Severn Trent memaklumkan dalam satu kenyataan pihaknya memohon maaf atas gangguan dan isu yang sedang berlaku di Jalan Carlton.

Gambar: Nottinghamshire Live/BPM Media

“Kami memohon maaf atas gangguan dan isu yang disebabkan paip pembentung yang runtuh di jalan itu. Bagi memastikan keselamatan orang ramai, kami telah menutup sebahagian jalan sewaktu aktiviti penyelenggaraan dilakukan.

“Pembaikan jalan raya ini memerlukan pelan yang teliti termasuk membetulkan semula paip agar kembali selamat dalam tempoh terdekat,” katanya.

Sementara itu, Majlis Daerah dalam satu tweet menjelaskan info semasa baik pulih jalan raya berkenaan.

“Kemas kini lubang benam. Kami telah menutup Jalan Carlton bagi memastikan jalan selamat berikutan berlaku tanah mendap di jalan raya,” maklumnya.

Sehingga kini, jalan kedua-dua arah itu masih lagi ditutup buat sementara waktu sehingga dimaklumkan kelak.

Sumber: The Mirror UK

The post Pemandu Berdepan Detik Cemas Kereta Hampir Terjatuh Dalam Lubang Benam appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*