Pembantu Rumah Kantoi, Campur Ribena Dengan Dettol Sebelum Dua Kanak-kanak Minum

pembantu rumah ribena dettol

Pembantu Rumah Kantoi, Campur Ribena Dengan Dettol Sebelum Dua Kanak-kanak Minum

Seorang pembantu rumah dipenjara empat bulan selepas mengaku bersalah selepas mencampurkan antiseptik Dettol ke dalam sebotol minuman berperisa Ribena, lapor The Straits Times Singapore.

Kejadian berkenaan yang berlaku di Singapura dilapor terjadi pada 4 Ogos lepas

Dalam kejadian berkenaan, tiga orang termasuk kanak-kanak berusia 10 dan 11 tahun minum air yang sudah tercemar itu.

Keadaan ketiga-tiga mangsa dilaporkan stabil dan tidak mengalami sebarang masalah kesihatan. Majikan kepada pembantu rumah itu kemudian membuat laporan polis pada 6 Ogos.

Tertuduh mendakwa mengalami tekanan kerana didera secara emosi dan tidak diberikan makanan yang mencukupi. Namun, hasil pemeriksaan mendapati berat badannya tidak mengalami sebarang penyusutan.

Bagaimana pun, tertuduh kemudian mengaku melakukan perbuatan tersebut kerana mahu mengelak daripada melaksanakan tanggungjawabnya.

Timbalan Pendakwa Raya Phoebe Tan berkata tertuduh sengaja mencampurkan antiseptik tersebut dalam botol minuman berperisa tersebut.

“Tertuduh berbuat demikian sekitar kawasan kabinet tempat di mana dia menyangka kawasan itu tidak berada dalam jarak kamera litar tertutup (CCTV).

“Tertuduh berharap majikannya akan minum Ribena yang tercemar itu,” katanya.

Tambah Phoebe, tertuduh mengetahui dua cucu majikannya sering berkunjung ke rumah itu tiga kali seminggu dan dia (majikan) sentiasa menyediakan air Ribena untuk mereka.

Kesan Bau Kimia

Pada hari kejadian, majikan telah menyediakan air berkenaan untuk diminum bersama anak lelakinya yang berusia 32 tahun dan dua cucu lelakinya.

BACA JUGA: Kenali Manchineel, Pokok Paling Berbahaya Di Dunia Hingga Digelar “Tree Of Death”

Walau bagaimanapun, dia mendapati terdapat rasa kimia dalam minuman tercemar itu dan beranggapan tertuduh tidak mencuci cawan dengan betul.

Tetapi cucunya yang berusi 10 tahun turut memberitahu rasa minuman itu sedikit pelik. Lalu, setelah memeriksa cawan minuman itu mendapati terdapat bau bahan kimia yang kuat daripadanya.

Selepas memeriksa botol ribena berkenaan, mereka turut mengesan bau kuat pada botol berkenaan. Susulan itu, mereka bertanya sama tertuduh ada mencampurkan Dettol dalam minimun ribena berkenaan, namun tertuduh menafikan.

Bagaimanapun, dua hari kemudian majikannya menemui botol Dettol yang disimpan di dalam kabinet dan membuat laporan polis.

Khamis lepas, tertuduh dijatuhi hukuman penjara empat bulan dan maksimum sehingga setahun manakala denda sehingga $5,000 (RM17,341) kerana melakukan perbuatan cuai yang boleh mengundang kecederaan terhadap orang lain.

Sumber: The Straight Times Singapore

The post Pembantu Rumah Kantoi, Campur Ribena Dengan Dettol Sebelum Dua Kanak-kanak Minum appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*