Polis Siasat Syarikat Jurusaji Perdaya Pakej Perkahwinan

Polis siasat syarikat jurusaji

Polis Siasat Syarikat Jurusaji Perdaya Pakej Perkahwinan

SEREMBAN, 26 Dis (Bernama) — Polis akan mendapatkan butiran lanjut daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di sini hari ini mengenai syarikat jurusaji yang didakwa memperdaya sebuah keluarga bagi urusan pakej perkahwinan di Jempol seperti yang tular di laman sosial.

Ketua Polis Daerah Jempol Supt Hoo Chang Hook berkata pihaknya juga mengesan nombor akaun bank selain mendapatkan maklumat pemilik akaun menerusi portal Commercial Crime Intelligence System (CCIS) serta telco yang digunakan mereka.

“Kita rujuk SSM untuk dapatkan butiran pemilik perniagaan dan nombor akaun. Mangsa yang juga pengantin perempuan mengatakan tidak pernah berjumpa jurusaji dari Shah Alam, Selangor itu secara bersemuka dan semua urusan dilakukan secara dalam talian.

“Berdasarkan siasatan awal, wanita berusia 26 tahun itu didapati berurusan dengan syarikat tersebut pada 3 April lepas di Facebook, sebelum membuat pembayaran sebanyak tiga kali dengan keseluruhan berjumlah RM13,200 untuk pakej perkahwinan yang diadakan pada dua hari lepas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata bagaimanapun, wanita itu tidak menerima keseluruhan pakej yang dijanjikan dan membuat laporan polis sebelum majlis perkahwinan berkenaan berlangsung bagi tindakan selanjutnya.

Hoo berkata kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Semalam, media melaporkan sebuah keluarga mendakwa kerugian lebih RM13,000 akibat ditipu pihak jurusaji bagi pakej kenduri kahwin hingga menyebabkan mereka terpaksa memasak sendiri hidangan untuk kenduri berkenaan.

BACA: Tak Ada Kaitan Dengan Musang, Ini Asal Usul Nama Durian Musang King Yang Ramai Tak Tahu

Sumber: BERNAMA

The post Polis Siasat Syarikat Jurusaji Perdaya Pakej Perkahwinan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*