Pemilik Chelsea Di Paris, Cuba Beli Neymar Dari PSG?

chelsea beli neymar

Pemilik Chelsea Di Paris, Cuba Beli Neymar Dari PSG?

Khabar angin bertiup kencang ketika ini apabila pemilik Chelsea, Todd Boehly dilaporkan berada di Paris untuk menandatangani seorang bintang mega untuk kelabnya.

Menurut laporan ESPN di Facebook sebentar tadi, sumber berkata, Todd dilapor mengadakan pertemuan dengan Presiden PSG, Nasser al Khelaifi. Difahamkan, kedua-duanya sedang berbincang mengenai potensi perpindahkan Neymar ke kelab Liga Perdana Inggeris tersebut.

Dalam laporan Eurosport pula, Todd dilapor terbang ke Paris pada Selasa, menjelang pertemuan PSG dengan Bayern Munich dalam saingan Liga Juara-juara Eropah.

Masa depan Neymar bersama gergasi Ligue 1 itu dilapor menjadi tanda-tanya ketika ini. Pelbagai kontroversi yang timbul termasuk perseteruannya dengan seorang lagi bintang PSG, Kylian Mbappe dikatakan turut menjadi punca kedua-dua pihak mahu berpisah. Beberapa media mendakwa, penyerang muda Perancis itu mahukan kelab menjual Neymar.

Chelsea cuba beli Neymar dari PSG?

Chelsea juga difahamkan sudah pun meneroka peluang untuk mendapatkan tandatangan bintang Brazil itu sejak musim lepas, ketika masih di bawah kendalian Thomas Tuchel lagi.

Sejak mengambil alih Chelsea daripada billionaire Rusia, Todd melabur ratusan juta pound memborong mana-mana bintang bola sepak yang mampu dimilikinya. Bahkan, perbelanjaan kelab berkenaan dalam perpindahan pada Januari dilapor mengatasi gabungan perbelanjaan liga-liga lain.

Borong semua pemain bintang yang mampu dibawa masuk

Antara nama-nama yang sudah ditandatangani adalah Enzo Fernandez, Mykhailo Mudryk, Benoit Badiashile, David Datro Fofana, Andrey Santos, Joao Felix, Noni Madueke dan Malo Gusto.

Pemain baharu yang paling mencuri tumpuan sudah tentulah bintang muda Argentina, Enzo Fernandez yang dibawa masuk dari Benfica dengan tanda harga £106.8 juta.

Prestasi Chelsea ketika ini dilihat tidak begitu baik apabila hanya berada di pertengahan liga sahaja pada musim ini. Selepas mengharungi 22 perlawanan, Chelsea hanya memenangi lapan perlawanan, tujuh kali seri dan tujuh kali kalah.

Secara keseluruhan, kelab yang berpangkalan di London itu hanya mengumpul hanya 31 mata dan menghuni kedudukan 10 liga.

BACA: Anak Kecewa, Sangka Dapat Hadiah Istimewa Dari Ayah

BACA: 15 Terkorban, 12 Cedera Dalam Runtuhan Salji Di Timur Tajikistan

Sumber: ESPN, GOAL, EUROSPORT

The post Pemilik Chelsea Di Paris, Cuba Beli Neymar Dari PSG? appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*