Pemilik Rumah Tergamam, Sofa Baru Dibeli Dibiarkan Atas Tangga Sebab Tak Lepas Bawa Naik

Sofa Baru Dibeli Dibiarkan Atas Tangga

Pemilik Rumah Tergamam, Sofa Baru Dibeli Dibiarkan Atas Tangga Sebab Tak Lepas Bawa Naik

Seorang lelaki mendakwa tangga dan dinding di rumah barunya telah calar dan rosak teruk selepas penghantar barang meninggalkan sofanya di tengah tangga sehingga menganggu laluan tersebut, lapor BBC.

Pemilik rumah, Luke Ansell dilaporkan telah membeli sofa itu dengan harga lebih 2,000 pound sterling (RM10,528) daripada kedai perabot dalam talian selepas berpindah ke rumah baharu di Bournemouth.

Beliau berkata semasa penghantar membawa sofanya naik ke atas, ia tersekat di tangga dan penghantar berkenaan terus meninggalkannya serta mengatakan mereka tidak mempunyai masa untuk membetulkannya.

Bagaimanapun, syarikat itu berkata bahawa mereka telah menjalankan siasatan.

Baca: Boleh Jimat Masa, Ini Cara Nak Buat Umrah 3 Kali Tanpa “Apply” Cuti Panjang

Ansell memuat naik gambar sofa yang tersekat di tangga di kumpulan komuniti Facebook tempatan. Mujur terdapat empat individu dalam kumpulan itu sudi untuk datang membantunya memindahkan sofa tersebut ke tingkat atas.

Dalam pada itu, ada juga pengguna di Facebook yang membuat perbandingan dengan episod rancangan komedi Friends di mana sofa tersangkut pada tangga.

Menurut BBC, sofa kulit buatan tangan itu ditempah pada 15 minggu lalu dan Ansell berkata dia telah membayar wang tambahan untuk penghantaran ‘sarung tangan putih’ iaitu penghantaran yang memerlukan lebih berhati-hati ke rumah baharunya itu.

Ansell turut menjelaskan bagaimana dua orang penghantar dari kedai terbabit tiba pada 19 Januari dan menganggarkan ruangan yang cukup untuk membawa sofa itu ke tingkat atas.

“Mereka tersekat dan cuba mengeluarkannya semula tetapi masih lagi tersekat. Mereka berkata tiada apa lagi yang perlu kami lakukan, kami tidak mempunyai masa dan kami perlu pergi,” kata Ansell.

“Ia adalah mimpi ngeri. Mereka juga turut meminta saya menandatangani nota untuk mengatakan ia telah dihantar,” katanya lagi.

Ansell berkata bahawa kejadian itu telah menyebabkan dinding di rumah yang baru dibina itu rosak teruk.

Sementara itu, syarikat yang berpangkalan di Blackburn memberitahu BBC bahawa mereka sedang menjalankan siasatan terperinci.

Mereka juga telah menghantar e-mel kepada Ansell yang membuat aduan tentang kejadian itu dengan mendakwa sofa tersebut telah ‘ditinggalkan di tempat yang selamat’ dan menawarkan untuk menggantikan sofa yang rosak sebagai tanda pendamaian.

Sumber: BBC

The post Pemilik Rumah Tergamam, Sofa Baru Dibeli Dibiarkan Atas Tangga Sebab Tak Lepas Bawa Naik appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*