Pemuda OKU dipukul, didera dan badan dicucuh api

Seorang ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) di sini berusia 48 tahun ditangkap polis berhubung kes pukul membabitkan adik kandungnya sendiri yang merupakan orang kurang upaya (OKU), Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata, polis menerima maklumat awam berhubung mangsa berusia 39 tahun dipukul abang kandungnya kira-kira pukul 3 petang.

“Hasil siasatan awal mendapati mangsa mengakui telah dipukul abang kandungnya dan badan dicucuh dengan api.

“Hasil pemeriksaan awal ke atas badan mangsa mendapati terdapat kesan cedera pada bahagian perut dan bahagian belakang badan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Chang Hook berkata, suspek berjaya ditangkap kira-kira pukul 4 petang dan kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE.

BACA: Remaja OKU dirogol 2 kenalan bapanya yang datang menumpang di rumah

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*