Penangkapan Anak Raja Dadah Mexico “El Chapo” Cetus Huru-Hara

Anak Lelaki Raja Dadah Mexico

Penangkapan Anak Raja Dadah Mexico “El Chapo” Cetus Huru-Hara

Buat kali keduanya tentera Mexico berjaya menahan Ovidio Guzmán iaitu suspek yang dikatakan pengedar dadah fentanyl terbesar di Mexico dan juga merupakan anak kepada ‘raja dadah’ Joaquin ‘El Chapo’ Guzmán.

Dilaporkan bahawa sejurus selepas berita penahanan itu tersebar, telah berlakunya insiden tembakan dan rampasan kereta di seluruh bandar di Sinaloa sehingga menyebabkan dua orang maut.

Pada tiga tahun lepas, Guzmán berjaya ditangkap di Cualiacán oleh tentera Mexico, tetapi membebaskannya kembali selepas kumpulan bersenjata kartel Sinaloa menguasai sebahagian besar bandar itu.

Arahan untuk membebaskan Guzmán pada Oktober 2019 itu diarahkan oleh Presiden Mexico, Andrés Manuel López Obrador untuk mengelakkan berlakunya pertumpahan darah pada masa itu.

Baca: Kebanyakan ‘Owner’ Terlepas Pandang, 5 Perkara Penting Kena Teliti Sebelum Perbaharui Insurans Motosikal

Presiden Mexico yang telah memegang jawatan pada 2018 berjanji untuk menggantikan ‘perang melawan dadah’ dengan menggunakan dasar program sosial untuk menangani jenayah terancang itu telah dikritik kerana melepaskan kartel dadah tersebut.

Dalam pada itu, kerajaan Amerika Syarikat (AS) telah meminta ekstradisi Guzmán, salah seorang daripada beberapa anak lelaki ‘El Chapo’ yang didakwa telah mengambil alih peranan penting dalam kartel Sinaloa sejak bapanya diekstradisi ke AS pada 2017.

Pihak berkuasa Mexico mendakwa bahawa anak lelaki ‘El Chapo’ memainkan peranan penting dalam pengedaran fentanyl, dadah sintetik yang telah mencatatkan berpuluh-puluh ribu kematian di AS.

Gambar: Twitter

Datuk Bandar, Juan de Dios Gamez mengesahkan di akaun Twitter bahawa angkatan tentera persekutuan telah menjalankan operasi di Culiacán sejak Khamis semalam dan menyebabkan berlakunya keganasan di bandar tersebut.

“Kami minta warga Culiacán untuk tidak keluar dari rumah kerana sekatan yang telah berlaku di beberapa kawasan di bandar tersebut,” katanya.

Video serangan helikopter ke atas kumpulan kartel Sinaloa telah disiarkan dalam media sosial selepas berjaya menangkap pengedar dadah yang dikehendaki itu.

Pertempuran yang dipercayai dilakukan oleh pasukan kartel Sinaloa yang dirakam menunjukkan beberapa sekatan jalan raya di sepanjang lebuh raya.

Gambar: Sky News

Dalam video yang dimuat naik di Twitter, anggota sindiket jenayah terancang antarabangsa itu dilihat duduk di dalam kenderaan dan bersenjata.

Mereka juga dikatakan menembak pesawat Angkatan Tentera Mexico dengan menggunakan senapang 50 BMG, lapor Daily Mail.

Kerajaan Mexico memaklumkan kepada media tempatan bahawa mereka menggesa penduduk untuk tidak keluar rumah kerana insiden tembak menembak, sekatan dan kenderaan yang terbakar masih lagi berterusan di seluruh bandar itu.

Gambar: Sky News

Jabatan Negara AS mendakwa bahawa Guzmán dan abangnya, Joaquín kini mempunyai kira-kira sebelas makmal methamphetamine di negeri Sinaloa dan mengeluarkan sekitar 3,000 hingga 5,000 paun dadah itu setiap bulan.

Pada Disember lalu, AS mengumumkan ganjaran sehingga 5 juta dolar (RM 21.9 juta) untuk maklumat yang membawa kepada penahanan atau sabitan Guzmán dan tiga abangnya.

Kini, bapa mereka, ‘El Chapo’ sedang menjalani hukuman penjara seumur hidup di AS selepas didapati bersalah kerana mengedar dadah dan pengubahan wang haram.

Memetik Daily Mail lagi, keluarga Guzmán mempunyai sejarah melarikan diri daripada ditangkap oleh pihak berkuasa Mexico.

Pada 2015, ‘El Chapo’ melarikan diri dari pusat tahanan yang mempunyai keselamatan maksimum melalui terowong sepanjang batu yang digali ke dalam bilik mandi selnya.

Sinaloa ialah salah satu daripada 31 negeri yang terdiri daripada Entiti Persekutuan Mexico dan dibahagikan kepada 18 majlis perbandaran. Ibu kotanya ialah Culiacán Rosales.

Selain itu, ia juga menempatkan Kartel Sinaloa yang telah mempengaruhi budaya rantau ini dengan ketara.

Kartel itu dilaporkan merupakan sindiket pengedaran dadah, pengubahan wang haram dan jenayah terancang terbesar di Amerika dan berpusat di bandar Culiacán.

Sumber: Daily Mail

The post Penangkapan Anak Raja Dadah Mexico “El Chapo” Cetus Huru-Hara appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*