Belanda Bakal Haramkan Penggunaan Telefon Bimbit Dalam Kelas Bermula 2024

telefon bimbit diharamkan belanda

Belanda Bakal Haramkan Penggunaan Telefon Bimbit Dalam Kelas Bermula 2024

Belanda bakal mengharamkan penggunaan telefon bimbit, tablet dan jam pintar dalam kelas bermula 1 Januari 2024.

Keputusan itu diumumkan oleh kerajaan negara itu baru-baru ini sebagai salah satu usaha untuk mengehadkan gangguan semasa pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

Bagaimanapun, kerajaan negara tersebut memberikan kelonggaran dalam beberapa keadaan tertentu. Guru-guru dibenar menggunakan gajet-gajet berkenaan ketika mengajar subjek kemahiran digital atau mengajar murid berkeperluan khas.

Alasan Belanda haramkan telefon bimbit dalam kelas

“Walaupun telefon pintar sudah menjadi sebahagian daripada hidup kita, peranti-peranti ini tidak sepatutnya berada di dalam bilik darjah.

“Setiap murid perlu untuk menumpukan perhatian dan wajar diberikan peluang untuk belajar dengan baik.

“Kajian saintifik juga menunjukkan bahawa penggunaan telefon bimbit adalah satu gangguan. Kita perlu melindungi anak-anak kita disekolah,” kata Menteri Pendidikan Belanda, Robbert Dijkgraaf.

Beliau turut menegaskan pengharaman ini dibuat selepas persetujuan bersama antara kementerian, sekolah dan organisasi berkaitan berjaya dicapai.

Dalam pada itu, Dijkgraaf berkata pihaknya memberi kebebasan kepada pihak sekolah dalam menentukan bagaimana larangan ini dilaksanakan kelak. Sekolah-sekolah diberi tempoh sehingga musim panas 2024 untuk membuat keputusan sendiri.

Namun begitu, kementerian akan campur tangan sekiranya pihaknya mendapati pelaksanaan pengharaman ini di sekolah-sekolah kurang memberangsangkan.

Terdapat beberapa kajian yang membuktikan larang penggunaan telefon bimbit di sekolah memberikan impak positif.

Kajian terkini dari Sepanyol dan Norway telah menggunakan strategi empirikal difference-in-difference untuk menilai kadar keberkesanan larangan telefon bimbit di bilik darjah.

Kedua-dianya menunjukkan beberapa bukti berbentuk manfaat terhadap tahap prestasi murid daripada larangan ini.

Di Sepanyol, larangan telefon bimbit dilaporkan berjaya meningkatkan skor yang diperolehi murid dalam subjek Matematik dan Sains.

Selain itu, para pengkaji mendapati bahawa larangan ini telah mengurangkan insiden buli dalam kalangan murid.

Manakala di Norway pula, larangan peranti ini telah meningkatkan purata nilai gred (GPA) murid. Perkara ini turut meningkatkan kecenderungan murid untuk mendaftar masuk ke sekolah tinggi akademik, berbanding memilik sekolah vokasional.

Seperti hasil dapatan di Sepanyol, larangan telefon bimbit di Norway turut menyaksikan penurunan dari segi kes buli di sekolah.

BACA: Pakai Satu Bahan Je, Ini Tips Mudah Bersih Minyak Masak Tumpah Atas Lantai

Sumber: The Guardian & The Conversation

The post Belanda Bakal Haramkan Penggunaan Telefon Bimbit Dalam Kelas Bermula 2024 appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*