fbpx

Peniaga Nasi Ekonomi Maut Ditikam Sebanyak 27 Kali, Antaranya Di Dada & Leher

Peniaga nasi ekonomi maut

Peniaga Nasi Ekonomi Maut Ditikam Sebanyak 27 Kali, Antaranya Di Dada & Leher

Seorang peniaga dilapor maut selepas ditikam 27 kali pada seluruh badannya di tempat meletak kenderaan di sebuah pangsapuri di Jalan Perak, Georgetown, Pulau Pinang, petang tadi.

Menurut Sinar Harian, mangsa merupakan seorang peniaga nasi ekonomi di Pasar Awam Jalan Perak.

Mangsa berusia lingkungan 60-an disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital, kata Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintenden V Saravanan.

Tambah Saravanan, mangsa dipercayai telah diserang oleh dua suspek, di mana salah seorang daripada suspek bertindak menikam mangsa.

Manakala seorang lagi suspek dilapor menunggu rakannya itu di atas motosikal.

“Polis menerima panggilan kecemasan lalu bergegas ke lokasi kejadian pada jam 6.18 petang tadi. Mangsa disahkan meninggal dunia kerana ditikam sebanyak 27 kali antaranya di dada, leher dan beberapa anggota badan yang lain.“Suspek dipercayai menggunakan pisau pendek. Mangsa dibawa ke hospital dengan menggunakan ambulans namun disahkan meninggal dunia di hospital ketika diberi rawatan,” katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Tambah V Saravanan, polis sudah meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di lif dan bawah pondok pengawal.

Manakala usaha memburu dua orang suspek sedang giat dijalankan.

“Kita masih menyiasat motif kejadian namun kita percaya, ia bukan kes samun namun lebih kepada niat untuk membunuh.

“Ini kerana, wang dan beberapa barangan milik mangsa masih berada pada badannya. Mangsa mempunyai beberapa rekod lampau dan tinggal di pangsapuri tersebut,” katanya.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

BACA: Lapan Hari Bertarung Nyawa, Bapa Kepada Bayi Rentung Dalam Kemalangan Meninggal Dunia

Sumber: Sinar Harian

The post Peniaga Nasi Ekonomi Maut Ditikam Sebanyak 27 Kali, Antaranya Di Dada & Leher appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*