Penjaga Gol Belgium Meninggal Dunia, Sempat Selamatkan Penalti Sebelum Pergi Selamanya

Penjaga gol Belgium meninggal dunia

Penjaga Gol Belgium Meninggal Dunia, Sempat Selamatkan Penalti Sebelum Pergi Selamanya

Seorang penjaga gol Belgium yang sedang beraksi dalam satu perlawanan dilapor meninggal dunia sejurus selepas menyelamatkan sepakan penalti untuk pasukannya.

Arne Espeel, 25, beraksi untuk Winkel Sport B dalam divisyen dua wilayah Brabant Barat di Belgium.

Ketika kejadian, Winkel Sport sedang beraksi menentang Westrozebeke di laman sendiri di Sint-Eloois-Winkel, wilayah Flanders Barat.

Dalam perlawanan tersebut, Winkel Sport telah mendahului 2-1 sebelum Westrozebeke dihadiahkan sepakan penalti pada separuh masa kedua.

Pasukan kecemasan berlari untuk membantu Espeel dan melakukan semua yang mereka boleh untuk menyelamatkannya.

Baca: Terkenal Sebagai Kampung Jungkook & Jimin BTS, Rupanya Ini Yang Buat Ramai Tak Senang Duduk Bila Sebut Busan

Malah peralatan defibrilator turut digunakan, namun lelaki berusia 25 tahun itu disahkan meninggal dunia sejurus selepas dia dibawa ke hospital.

Bedah siasat dijadualkan berlangsung pada hari Isnin dan punca kematian Espeel masih belum dapat dipastikan.

Kelab Winkel Sport B akan berkabung

Berikutan tragedi itu, kelab Belgium telah mengeluarkan kenyataan mereka yang mengatakan: “Winkel Sport sedang berkabung atas kematian penjaga gol Arne Espeel secara tiba-tiba.

“Kami mengucapkan takziah kepada keluarga dan rakan Arne atas kehilangan ini. Perlawanan bola sepak akan dihentikan sebentar untuk menghormati Arne,” tulis kenyataan itu.

Kredit Daily Mail

Pembantu Winkel Sport B, Stefan Dewerchin menambah: “Perlawanan masih berlangsung. Penjaga gol kami bangun secepat mungkin untuk menerima bola, tetapi kemudiannya dia rebah.

“Ia benar-benar sukar untuk ditonton. Semua pemain mandi bersama selepas kejadian itu. Apabila mesej dihantar mengatakan bahawa penjaga gol kami telah tiada, ia memberi tamparan hebat kepada kami semua,” kata Stefan Dewerchin mengenai kejadian itu.

Pengarah sukan kelab itu, Patrick Rotsaert menjelaskan bahawa berita itu sangat sukar untuk diterima oleh kelab tersebut.

Dia memberitahu Flemish Het Nieuwsblad: “Ia satu tragedi dan mengejutkan kami. Arne telah bersama kelab itu sepanjang hidupnya dan dia amat disayangi. Ia adalah satu tamparan keras.”

Ahli kelab, bersama penyokong dan keluarga Espeel serta rakan-rakannya telah merancang untuk berjalan melalui jalan-jalan di Sint-Eloois-Winkel di Flanders Barat pada hari Isnin. Perjalanan itu dibuat sebagai penghormatan kepada penjaga gol yang terkorban tersebut.

Sumber: Daily Mail

The post Penjaga Gol Belgium Meninggal Dunia, Sempat Selamatkan Penalti Sebelum Pergi Selamanya appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*