Penjaja Pasar Malam Di Kedah Diarah Hentikan Operasi Perniagaan Seketika Pada Waktu Maghrib

pasar malam kedah maghrib

Penjaja Pasar Malam Di Kedah Diarah Hentikan Operasi Perniagaan Seketika Pada Waktu Maghrib

Para penjaja pasar malam di Kedah diarahkan untuk memberhentikan operasi perniagaan seketika semasa waktu solat Maghrib bermula 1 Mei ini.

Pengumuman ini dilakukan selepas persidangan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman yang berlangsung pada 21 Februari lalu.

Perkara ini turut dikongsikan menerusi akaun Facebook Urus Setia Penerangan Darul Aman – UPDA hari ini.

Dalam mesyuarat terbabit, pihak kerajaan Kedah bersetuju untuk memberhentikan operasi perniagaan seketika sewaktu Solat Maghrib.

Tempoh pemberhentian operasi perniagaan adalah lima minit sebelum masuk waktu solat Maghrib dan 10 minit selepas masuk waktu solat fardu berkenaan.

Gapema sokong perlaksanaan arahan ini, seru untuk sediakan tempat solat

Dalam pada itu, Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Melayu Malaysia (Gapema) negeri Kedah telah menyambut baik arahan pemberhentian operasi perniagaan seketika bagi menghormati waktu solat Maghrib, lapor Sinar Harian.

Menurut Yang Dipertua Gapema, Baharudin PM Mohamed Ali, perkara ini sangat baik kerana ia adalah arahan Islam yang sebenarnya.

Pun begitu, jelasnya, operator atau penganjur perlulah menyediakan kemudahan selengkapnya termasuklah tempat solat.

“Pada pandangan saya ia cukup baik untuk dilaksanakan, cuma kita mohon pihak operator sediakan kemudahan tempat solat, tempat mengambil wuduk dan tandas walaupun tandas bergerak.

“Dengan cara ini barulah pihak berkuasa tempatan (PBT) boleh mengambil tindakan kepada penjaja-penjaja yang ingkar,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada hari ini.

Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan negeri, Mansor Zakaria berkata, semua penjaja pasar malam di negeri ini diarah untuk memberhentikan operasi perniagaan buat seketika bagi menghormati waktu solat Maghrib.

“Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah yang telah bersidang pada 21 Februari 2024 bersetuju untuk memberhentikan operasi perniagaan semasa waktu Maghrib.

“Berdasarkan keputusan itu, PBT memberi notis kepada semua penjaja pasar malam untuk mematuhi arahan tersebut bermula 1 Mei depan,” katanya.

BACA: Rangkaian Pasar Raya Di China Ini Beri 10 Hari ‘Cuti Sedih’ Kepada Pekerja

Sumber: Urus Setia Penerangan Darul Aman – UPDA via Facebook & Sinar Harian

The post Penjaja Pasar Malam Di Kedah Diarah Hentikan Operasi Perniagaan Seketika Pada Waktu Maghrib appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*