Penting Untuk Warga Palestin, Ini Yang Anda Kena Tahu Tentang Sempadan Rafah

Tentang Rafah

Penting Untuk Warga Palestin, Ini Yang Anda Kena Tahu Tentang Sempadan Rafah

Palestin merupakan sebuah negara yang terletak di Timur Tengah dan sangat dekat dengan umat Islam.

Di negara tersebut, terletaknya Masjid Al-Aqsa iaitu kiblat pertama dan masjid ketiga tersuci untuk penganut agama kedua terbesar dunia itu.

Terdapat banyak wilayah yang ada dalam Palestin, namun yang biasa rakyat Malaysia dengar adalah Gaza, Rafah dan Baitulmuqadis.

Untuk kali ini, SK hendak berkongsi dengan para pembaca beberapa fakta menarik tentang Rafah.

Secara umumnya, Rafah merupakan salah satu daerah atau wilayah yang sangat penting kepada warga Palestin.

Rafah penting untuk warga Palestin

Di Rafah, terdapat pos kawalan atau pintu sempadan yang terletak bersebelahan semenanjung Sinai, Mesir.

Ia terletak di atas garisan sepanjang 12 kilometer yang memisahkan Palestin dengan negara jirannya itu.

Terdapat tiga pintu sempadan yang digunakan oleh warga Palestin untuk ke luar negara. Dua daripadanya di kawal oleh Israel, manakala pintu sempadan di Rafah dikawal pihak berkuasa tempatan Palestin dan Mesir.

Biasanya, warga Palestin menggunakan pintu sempada Rafah untuk ke Mesir untuk pelbagai urusan, terutamanya bagi mendapatkan rawatan.

Selain itu, pintu sempadan itu juga hidup dengan pelbagai aktiviti ekonomi, khususnya ketika tempoh aman.

Malah, mereka yang tinggal di Gaza juga seringkali melintas ke Mesir untuk bertemu dengan ahli keluarga yang terpisah akibat sempadan.

Menurut NPR, warga Palestin yang hendak melintasi pintu sempadan itu perlu berdaftar dengan pihak berkuasa Palestin terlebih dahulu.

Tempohnya pula perlu sekurang-kurangnya dua hingga empat minggu sebelum tarikh urusan.

Pintu keluar masuk untuk pelbagai urusan

Manakala pihak berkuasa tempatan Palestin dan Mesir mempunyai kuasa untuk melulus atau menolak permohonan tersebut.

Selain untuk urusan biasa, hari ini, pintu sempadan Rafah turut menjadi laluan masuk untuk konvoi bantuan kemanusiaan ke Palestin.

Ia selepas dua lagi pintu sempadan yang dikawal Israel telah ditutup buat masa ini.

Menurut France24, sempadan Rafah tidak beroperasi seperti sempadan-sempadan negara lain. Sempadan berkenaan tidak selalu dibuka, malah lebih kerap ditutup pada 2023.

Misalnya pada 2022, sempadan itu hanya dibuka untuk 245 hari manakala pada 2023 pula, hanya 138 hari setakat November tahun berkenaan.

BACA: Bolehkah Bakteria Dalam Badan Pengaruhi Mood Seseorang? Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Sumber: NPR, BBC, Independent, France24

The post Penting Untuk Warga Palestin, Ini Yang Anda Kena Tahu Tentang Sempadan Rafah appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*