Kasut Sniker Trump ‘Sold Out’ 

kasut sniker trump

Kasut Sniker Trump ‘Sold Out’ 

PHILADELPHIA — Kasut sniker bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, The Never Surrender High-Top Sneaker dilaporkan sudah terjual dengan harga AS$399 (RM1,900) pada malam Sabtu.

Perkara tersebut dimaklumkan dalam laman web jenama itu, GetTrumpSneakers.com.

Sebelum ini, memetik CNN, Trump telah melancarkan “Trump Sneakers” di Sneaker Con di Philadelphia pada Sabtu lalu.

Pelancaran itu dibuat sejurus dia dan syarikatnya diarahkan untuk membayar denda mencecah $355 juta (RM1.7 bilion) dalam perbicaraan penipuan sivil di New York.

“Idea ini telah dibincangkan selama 12 tahun hingga 13 tahun. Saya berfikir ia bakal menjadi satu kejayaan yang besar,” katanya.

Gambar: GetTrumpSneakers.com

Selain The Never Surrender High-Top Sneaker, sebanyak 1,000 pasang kasut juga termasuk kasut “T” dan “45” di sisi dengan harga $199 (RM953) dijual dalam laman web tersebut.

Bukan itu sahaja, bekas presiden AS itu turut menjual cologne dan minyak wangi pada harga $99 (RM474) setiap satu.

Trump Didakwa Berhubung Kes Bayar Sejumlah Wang Untuk Tutup Mulut

Pada Februari tahun lalu, Trump telah didakwa berhubung penglibatannya dalam kes membuat sejumlah bayaran kepada seorang pelakon filem ‘lucah’, lapor Bernama.

Perkara itu turut disahkan oleh peguam Trump, Joe Tacopina dan Susan Necheles menerusi satu kenyataan.

“Presiden Trump didakwa. Dia tidak melakukan apa-apa jenayah. Kami akan berusaha bersungguh-sungguh menentang pendakwaan politik ini di mahkamah,” menurut kenyataan itu.

BACA: Confirm Selamat Dan Berkualiti, Nak Beli Buah Dan Sayur, “Check” Dulu Ada Logo Ni

Trump, 76, dikatakan bekas presiden AS pertama dalam sejarah Amerika yang didakwa atas tuduhan jenayah yang masih belum didedahkan.

Tuduhan ke atasnya belum diumumkan pada masa ini, menurut CNN, memetik sumber.

Pejabat Peguam Daerah Manhattan Alvin Bragg dilaporkan akan menghubungi peguam Trump berhubung kes itu.

Bragg dan pembantunya telah menyiasat dakwaan yang mengatakan Trump ada membayar  sebanyak US$130,000 (RM623,00) kepada Stormy Daniels menjelang pilihan raya presiden 2016.

Bayaran itu bertujuan untuk menghalang Daniels daripada mendedahkan kepada umum tentang dakwaan hubungan seksualnya dengan Trump pada 2006.

Trump dari parti Republikan yang menjadi presiden AS. berkhidmat dari 2017 hingga 2021, menafikan dakwaan itu serta menolak sebarang salah laku dan menyifatkan dakwaan itu mempunyai motif politik.

Kes itu mendapat tumpuan memandangkan belum ada bekas presiden AS yang pernah didakwa atas pertuduhan jenayah apatah lagi tatkala Trump dikatakan mahu bertanding semula dalam pemilihan presiden akan datang.

Sumber: GetTrumpSneakers.com, CNN 

The post Kasut Sniker Trump ‘Sold Out’  appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*