Penunggang motosikal lari lintang-pukang dikejar polis

PETALING JAYA – Gelagat seorang penunggang motosikal menarik perhatian ramai apabila lelaki itu berlari ke hulu hilir selepas dikejar anggota polis trafik.

Berdasarkan video dimuat naik @aemieruls_ di media sosial, lelaki terbabit kelihatan begitu panik dan takut sehingga dia hampir manhu terjun dari atas sebuah lebuh raya.

“Boleh pula dia bermain kejar-kejar dengan polis,” katanya menerusi ruangan kapsyen.

Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen ‘terhibur’ dengan gelagat individu yang kalut melarikan diri itu.

“Sejurus memandang ke bawah, secara tidak langsung terbatal niat hendak terjun,” ciap seorang pengguna, @thefarahwany.

“Sesuai dengan lagu TikTok yang tular, ‘semakin ku kejar, semakin kau jauh’,” seloroh @matchaxjaehyun pula.

Hantaran video berdurasi 22 saat itu telah meraih sebanyak 16,600 jumlah tontonan setakat ini. – KOSMO! ONLINE

The post Penunggang motosikal lari lintang-pukang dikejar polis appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*