Perkhidmatan Perisikan Norway Tahan Pemuda Malaysia Atas Dakwaan Pengintipan

pemuda malaysia pengintipan norway

Perkhidmatan Perisikan Norway Tahan Pemuda Malaysia Atas Dakwaan Pengintipan

Perkhidmatan Perisikan Norway (PST) mendakwa bahawa seorang warga Malaysia berusia 25 tahun telah berjaya ditahan kerana mengintip Pejabat Perdana Menteri, Kementerian Pertahanan dan pejabat kerajaan lain di Oslo.

Memetik NewsinEnglish, pemuda itu didakwa telah memandu dan meletakkan kereta yang disewanya berdekatan dengan bangunan kerajaan tersebut.

Pemuda itu dikatakan cuba mengintip peranti komunikasi elektronik mereka.

“Kami sedang melakukan siasatan meluas dan baru sahaja bermula,” kata pendakwa raya negara Thomas Fredrik Blom kepada Norwegian Broadcasting pada Ahad lalu.

Kenyataan itu dibuat selepas mahkamah tempatan memerintahkan lelaki itu ditahan dalam tahanan sekurang-kurangnya empat minggu sementara siasatan dijalankan.

“Kami tidak pasti apa yang kami hadapi. Kami berada dalam fasa kritikal dan di awal penyiasatan,” kata Blom kepada NRK.

Selain itu, beliau juga berkata bahawa, terdapat bahaya yang mungkin berlaku sehingga mengganggu bukti yang diperolehi.

Justeru, tindakan menahan tertuduh adalah dianggap sesuatu perkara yang perlu dilakukan.

Dokumen mahkamah mendedahkan bahawa polis mengesyaki lelaki itu ingin berkomunikasi dengan orang lain yang terlibat dalam pengintipan itu, lapor NRK.

Oleh itu, polis perlu mengawal beberapa peralatan teknikal tanpa campur tangan lelaki itu sepanjang siasatan dijalankan.

“Terdapat bahaya yang boleh mengganggu bukti kami, jadi kami sangat berhati-hati dengan apa yang kami dedahkan sekarang,” kata Blom.

Sementara itu, PST berkata bahawa lelaki itu ditahan pada malam Jumaat lalu. Penangkapan dibuat selepas pergerakan kereta sewanya dikesan oleh kamera pengawasan di sekitar bangunan kerajaan.

Pejabat kerajaan itu dipercayai menjadi sasaran individu terbabit dalam pengintipan yang sedang dilakukan olehnya.

Kereta tertuduh dirakam berulang kali dalam tempoh masa tertentu dan dia didakwa atas kesalahan memasukkan isyarat daripada kenderaan itu.

Tindakan lelaki itu disyaki dibuat untuk cuba mengintip isyarat elektronik termasuk perbualan telefon mudah alih dan mesej teks.

Ia termasuk pengawasan e-mel daripada senjata dan peranti pengesan.

Akhbar Aftenposten melaporkan pada Isnin bahawa pengintipan yang paling biasa adalah melibatkan pengawasan telefon bimbit.

BACA: Ramai Belum Tahu, Ni Cara Nak Dapat Minyak ‘Free’ Setahun Dari Petronas

Ia dilakukan dengan bantuan stesen pangkalan palsu yang dipanggil sebagai penangkap ISMI.

Kereta sewa yang dipandu lelaki itu berada dalam senarai pemantauan PST dan dia dilaporkan berada di bawah pengawasan PST sebelum ditahan.

Lelaki itu mendakwa bahawa dia merupakan pelajar di Norway, namun begitu namanya tidak dijumpai di mana-mana institusi pendidikan di negara tersebut.

Menurut PST lagi, lelaki itu tidak berada di Norway dalam tempoh yang lama, jadi terdapat kemungkinan bahawa dia cuba melarikan diri ke Malaysia.

Penyiasat Norway berpendapat bahawa terdapat individu lain dalam pengintipan tersebut dan masih tidak jelas dengan siapa dia bekerja atau untuk siapa.

Pegawai PST menegaskan bahawa mereka percaya pihak berkuasa Malaysia bukan dalang di sebalik operasi pengintipan lelaki itu.

Sumber: NewsinEnglish

The post Perkhidmatan Perisikan Norway Tahan Pemuda Malaysia Atas Dakwaan Pengintipan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*