Penyokong PH Diseru Sokong Calon BN Pada PRN Nanti – Loke

loke bn prn

Penyokong PH Diseru Sokong Calon BN Pada PRN Nanti – Loke

KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) — Setiausaha Agung DAP Anthony Loke Siew Fook hari ini menyeru penyokong Pakatan Harapan (PH) untuk menyokong calon Barisan Nasional pada enam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Beliau berkata ia adalah satu tindakan yang logik bagi ahli mana-mana parti komponen Kerajaan Perpaduan, untuk berganding bahu ketika berkempen nanti.

“Apabila kita bekerjasama sudah tentu rakan-rakan komponen dalam sesuatu gabungan itu akan menyokong satu sama lain.

“Sama juga pemimpin PH masa berkempen pada PRN nanti juga akan meminta penyokong-penyokong kita menyokong calon Barisan Nasional, di kawasan (kerusi) PH tidak bertanding” katanya pada sidang media di lobi Bangunan Parlimen, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan, Jumaat lepas, yang meminta pengundi UMNO di enam negeri yang akan menghadapi PRN untuk menyokong calon DAP di kawasan masing-masing demi mengukuhkan Kerajaan Perpaduan.

Ahmad turut dilaporkan berkata, tindakan itu wajar dan ahli parti hendaklah mengikut disiplin parti apabila berada dalam Kerajaan Perpaduan.

PRN: Calon PN Di Kelantan, Terengganu Guna Logo PAS – Muhyiddin

Sebelum ini media melaporkan calon Perikatan Nasional (PN) di Kelantan dan Terengganu akan menggunakan logo PAS pada PRN kelak.

Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata keputusan itu dicapai hasil perbincangan bersama parti komponen dalam PN yang bersetuju untuk mengguna pakai kaedah sama seperti pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Hari ini (semalam), kita bincang soal politik, persiapan untuk PRN. Alhamdulillah, nampak Kelantan hampir sudah bersedia.

“Kita juga dah hampir selesai bincang pembahagian kerusi, sekarang dah dibincangkan di peringkat pusat di bawah jawatankuasa rundingan kerusi. Lain-lain perkara yang dibincangkan soal manifesto, calon dan logo dipakai seperti pada PRU15 lepas,” katanya.

Sumber: BERNAMA

BACA: Dakwaan Harga Tiket Kelas Ekonomi Cecah RM3,138 Tidak Tepat – Anthony Loke

The post Penyokong PH Diseru Sokong Calon BN Pada PRN Nanti – Loke appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*