PERHILITAN Perak Sahkan Terima Aduan Kelibat Harimau Di Tanjung Malim

harimau di tanjung malim

PERHILITAN Perak sahkan terima aduan kelibat harimau di Tanjung Malim

IPOH, 24 Jan (Bernama) — Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Perak mengesahkan, pihaknya menerima aduan berhubung kelibat harimau yang dilihat menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di Taman Bernam Baru, Tanjung Malim baru-baru ini.

Pengarah Perhilitan Perak Yusoff Shariff berkata pihaknya menerima aduan daripada seorang lelaki yang merupakan penduduk kawasan itu, yang mendakwa melihat haiwan berkenaan berhampiran rumahnya semalam dan sedang menjalankan siasatan lanjut.

“Orang ramai diminta berhati-hati dan jangan melakukan provokasi sekiranya terserempak dengan haiwan itu. Elakkan masuk ke kawasan hutan, kerana di dalam rekod kita sememangnya ada harimau di dalam Hutan Simpan Tapah yang terletak berhampiran.

Baca: Boleh Jimat Masa, Ini Cara Nak Buat Umrah 3 Kali Tanpa “Apply” Cuti Panjang

“Kita sedang memantau kawasan sekitar dan akan menghantar haiwan itu ke tempat asal sekiranya berjaya menemuinya,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Muallim Supt Mohd Hasni Mohd Nasir berkata pihaknya turut menerima aduan daripada penduduk pada kira-kira pukul 6 petang semalam, namun tidak dapat mengenal pasti jenis harimau dan lokasinya ketika ini.

“Pengadu menghubungi balai polis dan memaklumkan terlihat ada kelibat haiwan itu dalam CCTV. Kita telah menghantar anggota ke lokasi namun tiada tangkapan setakat ini dan pihak Perhilitan sedang mengambil tindakan,” katanya.

Sejak semalam, tular video rakaman CCTV berdurasi 49 saat, menunjukkan kelibat seekor haiwan dipercayai harimau berjalan di hadapan rumah yang dikatakan berlaku di Taman Bernam Baru.

Sumber: BERNAMA

The post PERHILITAN Perak Sahkan Terima Aduan Kelibat Harimau Di Tanjung Malim appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*