“Sebelum Bercerai Saya Beritahu Saya Berkenalan Dengan Wanita Lain” – CHOT Dedah Perkahwinan Tidak Bahagia, Pelik Bekas Isteri Buat kecoh

“Tidak dinafikan setiap rumah tangga ada pasang surutnya. Kami sudah cuba sehabis baik untuk menyelesaikan masalah itu. Selama bertahun-tahun kahwin, kami masih tidak mampu mencapai kata sepakat dalam banyak perkara.

“Apa yang bekas isteri cakap tentang punca orang ketiga membuatkan dia tidak bahagia, tapi kami memang sudah tidak bahagia pun. Malah sebelum bercerai pun saya sudah beritahu yang saya berkenalan dengan wanita lain.

“Kami pun dah jelaskan semuanya,” ujar pelawak Hazmeer Hassan atau Chot, 33, yang menyangkal dakwaan bekas isterinya, Siti Zafirul Azzah berhubung penceraian mereka disebabkan kehadiran orang ketiga sebaliknya perkahwinan yang dibina sudah lama bermasalah.

Pada masa sama, Chot turut menjelaskan isteri baharunya iaitu Zurina Badron bukan punca keretakan rumah tangganya, malah mendakwa pernah berterus-terang dengan bekas isteri tentang hubungannya dengan kakak kepada seorang penyanyi popular tersebut.

Tindakan Azzah yang membuat kenyataan berhubung pernikahan bekas suaminya bersama Zurida dipersoal pelawak itu. Ini kerana kata Chot, bekas isterinya itu sudah sedia maklum tentang perkara berkenaan sejak mereka mengikat tali pertunangan dan tidak menolak sekiranya tindakan dilakukan Azzah disebabkan hasutan oleh orang lain.

<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA – SILA KLIK >>

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*