Malaysia Tidak Terima Tawaran Anjurkan Sukan Komanwel 2026

malaysia sukan komanwel tawaran

Malaysia Tidak Terima Tawaran Anjurkan Sukan Komanwel 2026

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengumumkan keputusan Kerajaan untuk tidak menerima tawaran menjadi tuan rumah temasya Sukan Komanwel 2026 pada hari ini.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh telah membuat kenyataan tersebut menerusi hantaran di laman X-nya (@hannahyeoh) pada 2.33 petang tadi.

Keputusan ini dibuat selepas mesyuarat Jemaah Menteri yang bersidang hari ini dan meneliti semua aspek penganjuran dan implikasi.

Sebelum ini, Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) telah menawarkan Malaysia untuk menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026.

BACA: CGF Tawar Malaysia Jadi Tuan Rumah Sukan Komanwel 2026, Bersama Dana RM602 Juta

Difahamkan, beberapa delegasi CGF telah bertemu Menteri Belia dan Sukan dan mengadakan sesi penerangan mengenai tawaran tersebut pada 5 Februari lepas.

Sesi penerangan tersebut turut dihadiri Menteri Kewangan Kedua, Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan. Hasil pertemuan antara kedua-dua pihak telah dibentang dalam Mesyuarat Jemaah Menteri ini.

Sungguhpun begitu, Jemaah Menteri telah membuat keputusan untuk tidak menerima tawaran tersebut atas beberapa faktor.

“Tawaran CGF berjumlah 100 juta pound (RM603 juta) dijangka tidak mampu menampung kos keseluruhan penganjuran temasya sukan berskala besar.

“Selain itu, impak ekonomi tidak dapat dikenalpasti dalam jangka masa singkat ini,” jelas KBS

Sehubungan itu, kerajaan Malaysia mengucapkan terima kasih kepada CGF atas penawaran untuk menganjurkan temasya sukan yang megah.

Walau bagaimanapun, kerajaan menengaskan bahawa prioritinya adalah untuk memberi fokus terhadap rakyat terlebih dahulu.

“Kerajaan Madani mengucapkan terima kasih kepada CGF atas penawaran tuan rumah Sukan Komanwel 2026. Namun, pada ketika ini kerajaan mahu memberi fokus kepada pembangunan sukan serta kebajikan dan kesejahteraan rakyat,” kata kenyataan itu.

BACA: Anak Muda Indonesia & Malaysia Bergabung Tenaga, Bersihkan Pantai Di Kuala Terengganu

Sumber: Hannah Yeoh via X

The post Malaysia Tidak Terima Tawaran Anjurkan Sukan Komanwel 2026 appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*