Fasih Berbahasa Melayu, Wanita Serbia Nyanyi Lagu Lemak Manis Raih Perhatian

wanita serbia lemak manis

Fasih Berbahasa Melayu, Wanita Serbia Nyanyi Lagu Lemak Manis Raih Perhatian

Bahasa Melayu adalah bahasa mudah yang boleh difahami, terutamanya jika seseorang dari luar negara menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama.

Cara untuk menulisnya juga mudah malah setiap huruf dalam perkataan juga tidak panjang selain sebutannya juga adalah ringkas dan padat.

Kalau kita lihat, ramai ‘Mat Saleh’ yang cuba untuk menguasai bahasa Melayu sedikit pelat untuk menuturkan perkataan dan situasi itu juga sama seperti orang Melayu yang mempraktikkan bahasa Inggeris.

Tiada apa yang perlu dijadikan sebagai ‘bahan’ kelakar malah ia merupakan satu proses pembelajaran.

Sungguhpun begitu, sekiranya ada orang warganegara luar yang mahir dalam bahasa Melayu, ia adalah satu kebanggaan buat kita.

Wanita Serbia nyanyi lagu Lemak Manis

Baru-baru ini, tular di media sosial satu rakaman memaparkan seorang wanita dari Serbia menyanyikan lagu nostalgia, Lemak Manis sehingga ia meraih perhatian orang ramai.

Dijana Stena (@dijanastena_official), yang mahir bertutur dalam bahasa Melayu itu memilih untuk menyanyikan lagu tersebut ketika melakukan siaran langsung (live) di TikTok.

Katanya, lagu tersebut ditujukan kepada kawannya, Zurita dan buat penonton dari Malaysia dan Indonesia yang menonton live itu.

Dengan menambah alunan gitar, Dijana mula menyanyikan lagu itu dengan bantuan lirik yang diletakkan di hadapannya.

Tanpa berlengah masa, Dijana yang juga penyanyi dan penulis lagu itu menyanyikan lagu Lemak Manis, nyanyian Roslan Madun.

Dia memulakan nyanyian tersebut dengan rentak yang perlahan sebelum mencapai korus mengikut perspektifnya.

Yang lebih mengejutkan, Dijana mahir menyanyikan lagu lama itu tanpa mempunyai masalah dalam setiap sebutannya.

Kredit: @dijanastena_official/TikTok

Alunan lagu Lemak Manis itu agak berlainan dengan lagu pada zaman ini, namun Dijana dengan santai boleh membawa lagu tersebut dengan gayanya.

Lagu tersebut juga mempunyai lenggokan yang tersendiri di mana ia mengetengahkan alunan klasik serta lirik yang mempunyai makna tersirat.

BACA: Lelaki ‘Cover’ Lagu Toxicity Guna Dram Tong DIY Buat Ramai Kagum

Situasi Dijana itu kemungkinan jarang dilihat kerana tidak ramai yang dari luar negara memilih untuk menyanyikan lagu klasik Melayu, lebih-lebih lagi lirik tersebut mempunyai makna yang tersembunyi.

Video yang dimuat naik kemudiannya mendapat jumlah tontonan melebih 800,000 kali dan rata-rata warga maya memuji nyanyian wanita tersebut.

Ramai yang mengatakan sebutan wanita tersebut jelas dan nyanyiannya juga sedap.

“Suara lembut berlemak. Tenang je dengar,” puji warga maya.

“Pergh meremang. Wow pandai la sis,” komen netizen.

“Padu sis, pandainya berbahasa Melayu,” kata warga maya lagi.

Sekiranya ingin menyaksikan video penuh, sila tekan di bawah ini.

@dijanastena_official

For my sister Zurita @larastreats and to everyone who has been supportive of me Let’s continue to have kemanisan dalam hidup🙏🍯🥰🤲❤🌠 #lemakmanis #lemakmanisalaamboi #lemakmanisroslanmadun #roslanmadun #anakmelayu #lagumelayu

♬ original sound – Dijana Stena

Sumber: @dijanastena_official/TikTok

The post Fasih Berbahasa Melayu, Wanita Serbia Nyanyi Lagu Lemak Manis Raih Perhatian appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*