Perluasan TVET Aras Tinggi di Rantau Asia: UTeM Bakal Buka Pusat Pembelajaran di Sri Lanka

Perluasan TVET Aras Tinggi di Rantau Asia: UTeM Bakal Buka Pusat Pembelajaran di Sri Lanka

 

Kepakaran dan penyerlahan prestij Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) sebagai salah sebuah universiti terbaik dunia kian melebar merentas sempadan dunia pendidikan tinggi global.

 

Selari dengan itu, UTeM turut memperluaskan wilayah Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) aras tinggi di negara Sri Lanka pula menerusi usaha pembukaan Pusat Pembelajaran di negara berkenaan nanti.

 

Naib Canselor UTeM Prof Datuk Ts Dr Massila Kamalrudin berkata, UTeM sentiasa bergerak maju ke hadapan dan ini merupakan antara inisiatif kami dalam usaha pemerkasaan pengantarabangsaan TVET.

 

Ujarnya, Pusat Pembelajaran UTeM di Sri Lanka nanti merupakan kerjasama dengan salah sebuah Institusi Pendidikan Tinggi di sana iaitu College of Management and Technology Campus, Sri Lanka (CMT).

 

“Penubuhan Pusat Pembelajaran berkenaan bertujuan untuk pelaksanaan dan penawaran program dan aktiviti akademik dan penyelidikan bersama antara UTeM dan CMT di negara tersebut,” ujarnya.

 

Sehubungan itu, bagi menzahirkan kerjasama strategik ini maka UTeM telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan CMT baru-baru ini bertempat di Kampus Induk UTeM, Durian Tunggal, Melaka.

 

Majlis pemeteraian MoU tersebut telah ditandatangani oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UTeM, Prof Dr Zulkifilie Ibrahim bersama dengan Dekan Fakulti Pengurusan Teknologi dan Teknousahawanan (FPTT), Prof Dr Syaiful Rizal Abdul Hamid.

 

Sementara itu pihak CMT pula diwakili oleh Chairman of the College of Management & Technology Campus, Dr. A.M. Jameel dan Executive Director of CMT Campus, P. M. Naleem.

 

Massila berkata, dengan kerjasama MoU tersebut beberapa agenda lain lagi turut akan dijayakan bersama seperti pertukaran staf akademik dan pelajar dalam perkembangan akademik untuk kedua-dua pihak,

 

“Pada masa yang sama turut akan diadakan penganjuran aktiviti bersama seperti seminar, bengkel, dan perkongsian bahan yang berkepentingan bersama.

 

“Di samping itu kedua-dua pihak turut akan menjayakan kerjasama berkaitan pengajaran dan penyelidikan dalam bidang berkepentingan bersama,” ulasnya lagi dalam kenyataan yang diberikan kepada pihak media. 

 

Mengulas lanjut beliau berkata pengantarabangsaan pengajian tinggi merupakan salah satu inisiatif strategik yang perlu diberikan penekanan bagi memartabatkan UTeM di persada dunia.

The post Perluasan TVET Aras Tinggi di Rantau Asia: UTeM Bakal Buka Pusat Pembelajaran di Sri Lanka appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*