CODEGODA: Pertandingan Pemprograman Agoda Kembali Lagi Untuk Tahun Ke-4

Para peserta diberikan senario sebenar untuk diselesaikan

MALAYSIA, 14 MAC 2023 – Agoda percaya bahawa kunci untuk membuka peluang dalam bidang teknologi baharu seperti teknologi kewangan, realiti lanjutan, metaverse, teknologi kecerdasan buatan, kesalinghubungan satelit dan banyak lagi adalah dengan memanfaatkan bakat yang berwibawa.

Sehubungan itu, bagi mencapai matlamat tersebut, Agoda mengumumkan kembalinya pertandingan pemrograman global tahunannya, Codegoda. Kini dalam tahun ke-4, pertandingan ini telah berkembang menjadi sebuah platform yang memberikan peluang yang sama kepada para pengekod dari pelbagai peringkat umur, latar belakang, jantina dan tahap pengalaman.

“Codegoda mempunyai kelebihan tersendiri kerana ia direka oleh pengekod untuk pengekod yang lain. Kebebasan dalam cara penyelesaian masalah yang diberikan membolehkan peserta menguji had keupayaan pengekodan mereka.

“Sama ada anda merupakan profesional yang berpengalaman dalam bidang teknologi atau seseorang yang berminat untuk menceburi bidang yang menarik ini, Codegoda direkacipta untuk memberikan pengalaman yang mencabar untuk semua. Hasil keputusan daripada edisi pertandingan yang lalu telah terbukti dalam membantu pasukan kerja di Agoda untuk mencari penyelesaian dari perspektif yang berbeza,” kata Idan Zalzberg, Ketua Pegawai Teknologi, Agoda.

“Idea untuk memastikan pertandingan ini terbuka kepada semua adalah dirancang dari awal lagi. Di Agoda, sesiapa sahaja tanpa mengira latar belakang dan kepakaran, boleh memilih untuk bekerja di dalam bahagian teknologi dan organisasi kami memupuk budaya yang menggalakkan inovasi dan penyelesaian masalah.”

Pertandingan satu pusingan ini bakal berlangsung dari 1:30 petang hingga 10:30 malam ICT (Waktu Indochina) pada 1 April 2023. Peserta akan diberi masa tiga jam untuk menyelesaikan enam masalah algoritma yang mirip isu sebenar yang dihadapi oleh pasukan teknologi Agoda setiap hari.

Setiap masalah yang dikemukakan tidak terikat kepada satu cara penyelesaian sahaja dan kaedah bebas dalam penyelesaian masalah adalah digalakkan. Pengekod boleh memilih untuk menggunakan mana-mana bahasa pemrograman untuk menyelesaikan isu tersebut. Jumlah nilai keseluruhan hadiah adalah sebanyak USD$8750 dan pemenang pertama berpeluang untuk meraih hadiah sebanyak USD$3500.

Sila layari https://codegoda.io/news untuk maklumat lanjut.

Berikut adalah beberapa panduan untuk hari pertandingan. Pilih bahasa pemrograman yang membolehkan anda untuk menguji dan mendapatkan penyelesaian dengan cepat. Apabila berhadapan dengan isu yang rumit, tangani masalah secara saintifik dan pecahkan masalah yang kompleks kepada bahagian yang lebih mudah.

Gunakan contoh kecil untuk memahami corak asas yang kemudiannya boleh digunakan pada penyelesaian yang lebih besar dan lebih kompleks. Sehingga kini, pertandingan ini telah disertai oleh lebih daripada 20,000 peserta dari 89 buah pasaran Agoda.

Pemenang terdahulu telah muncul dari negara Thailand, Indonesia, Vietnam, India dan Jerman dan terdapat sebahagian pemenang yang tidak mempunyai pengalaman kerja teknikal sebelum ini.

Pertandingan ini membolehkan para peserta menunjukkan kemahiran pemrograman mereka di pentas global, menambah kredibiliti kepada mereka yang ingin melanjutkan kerjaya mereka dalam bidang tersebut. Sebahagian peserta juga turut ditawarkan oleh Agoda untuk mengembangkan kerjaya mereka di syarikat tersebut.

Peserta yang berminat boleh melayari https://codegoda.io/news untuk maklumat lanjut.

The post CODEGODA: Pertandingan Pemprograman Agoda Kembali Lagi Untuk Tahun Ke-4 appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*