Bobi, Anjing Tertua Di Dunia Disahkan Telah Mati

Bobi, Anjing Tertua Di Dunia Disahkan Telah Mati

Bobi, anjing tertua di dunia, dilaporkan mati pada minggu lepas di sebuah hospital haiwan di Portugal, umum Guiness World Records pada hari Isnin.

“Bobi hidup selama 31 tahun 165 hari, dan dia menghabiskan sepanjang hidupnya dengan pemiliknya yang penyayang iaitu Leonel Costa dan keluarganya di kampung Conqueiros, Portugal,” kata syarikat penyimpanan rekod itu dalam kenyataan akhbar.

Bobi dikenali sebagai anjing tertua pada Februari yang lalu tahun ini, dua minggu selepas seekor Chihuahua bernama Spike yang berumur 23 tahun cuba menuntut gelaran itu.

Kematian Bobi telah membuatkan Spike yang lahir di Ohio itu, kini dinobat sebagai anjing tertua di dunia.

Dalam tahun anjing, umur Bobi adalah lebih kurang 86 tahun. Dia adalah baka tulen Rafeiro do Alentejo.

Iaitu baka Portugis ladang dan anjing penjaga dengan jangka hayat 12 hingga 14 tahun.

Bobi Anjing Tertua Di Dunia

Kata Guiness, Umurnya disahkan dengan pendaftarannya pada 1992 dengan perkhidmatan perubatan veterinar di bandar Leiria, Portugal dan juga dengan pangkalan data haiwan peliharaan milik kerajaan Portugis.

Bobi dilahirkan bersama tiga ekor anak anjing yang lain. Tetapi, oleh kerana ladang mereka sudah penuh, ibu bapa Leonel Costa membuang tiga ekor anak anjing itu.

“Pada masa itu ia dianggap normal oleh orang tua-tua, untuk menanam haiwan di dalam lubang supaya mereka tidak boleh hidup,” kata Leonel dalam satu temu bual bersama Guiness.

Menurut Costa, dia menyembunyikan Bobi daripada ibu bapanya setelah mengetahui anjing itu telah bersembunyi dalam timbunan kayu.

Apabila ibu bapa Costa mendapat tahu tentangnya, ia sudah terlambat untuk mereka buang Bobi.

Costa memberitahu, Bobi tidak pernah diikat, dia minum banyak air dan makan makanan manusia secara eksklusif.

Costa mengaitkan usia tua Bobi dengan kehidupannya yang ‘tenang dan damai’.

Pada hari lahir Bobi yang ke-31 pada bulan Mei, pemiliknya telah mengadakan pesta ulang tahun tradisional Portugis untuknya, dan dihadiri lebih 100 tetamu, kata Guinness.

Bobi merupakan anjing kesayangan ramai, kehilangannya dapat dirasai oleh mereka yang mengenalinya. Lebih-lebih lagi mereka yang cintakan haiwan.

Sumber: NBC News

BACA JUGA: Pemandu Rentung Kereta Langgar Pokok Sebelum Terbakar

The post Bobi, Anjing Tertua Di Dunia Disahkan Telah Mati appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*