Ini Platform Belajar AI Secara Percuma, Dua “Course” Dalam Masa 4 Jam

belajar AI percuma

Ini Platform Belajar AI Secara Percuma, Dua “Course” Dalam Masa 4 Jam

Dunia hari ini semakin moden dan banyak teknologi baru diciptakan setiap hari. Terbaru adalah teknologi kecerdasan buatan (AI) yang menjadi topik perbualan utama masyarakat di seantero dunia.

Tambahan pula, teknologi AI ini memang diakui memberi banyak manfaat kepada kehidupan manusia.

Menurut Bernama, AI sebenarnya sudah lama wujud. Namun teknologi itu mengalami lonjakan hasil pembangunan pesat teknologi cip, kemajuan teknik pengaturcaraan komputer, pengolahan data serta pemodelan statistik.

Platform belajar AI secara percuma, 4 jam dah dapat sijil

Justeru, Malaysia dan rakyatnya tidak boleh ketinggalan daripada mengambil tahu dan belajar serba sedikit berkenaan teknologi ini.

Sebab itulah, kerajaan baru-baru ini memperkenalkan program AI Untuk Rakyat. Tujuannya adalah untuk memberi pendedahan kepada rakyat Malaysia tentang teknologi tersebut.

Perdana Menteri lancarkan program AI Untuk Rakyat

Menurut portal AI Untuk Rakyat, program ini ditawarkan secara percuma kepada semua lapisan rakyat Malaysia secara atas talian.

Ibu bapa, pelajar, golongan belia, penjawat awam, pekerja swasta, warga emas dan siapa sahaja boleh sertai.

Lebih-lebih lagi kepada mereka yang berminat untuk mempelajari AI dan ingin membina ‘Minda Digital’.

Program ini juga ditawarkan dalam 4 bahasa  iaitu Bahasa Melayu, Mandarin, Tamil dan Inggeris.

Manakala kandungan yang disediakan juga adalah serasi dan mesra pengguna serta boleh diakses sepenuhnya oleh mereka yang kurang upaya penglihatan.

Panduan untuk mendaftar bagi program AI Untuk Rakyat

Untuk memulakan program ini, anda cuma perlu mendaftar di laman sesawang https://ai.gov.my.

Klik pada butang “Daftar”, kemudian anda perlu mengisi maklumat peribadi diri yang diperlukan dengan  betul dan lengkap.

Seterusnya, klik pada butang “Hantar Kod Pengesahan” serta masukkan nombor OTP yang diterima menerusi telefon bimbit anda.

Seterusnya, klik pada butang “Sahkan & Daftar”. Selepas itu, anda akan menerima notifikasi bahawa pendaftaran anda sudah diterima dan berjaya.

Apa yang akan dipelajari dan tempoh program

Program AI Untuk Rakyat dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu AI Aware (Kesedaran AI) dan AI Appreciate (Hargai AI).

Anda akan belajar pemahaman asas AI, aplikasinya, dan mitos serta salah tanggapan tentang AI.

Selain itu, anda juga akan berlajar tentang domain utama AI – Computer Vision (Visi Komputer), Natural Language Processing (Pemprosesan Bahasa Natural) dan Statistical Data (Data Statistik).

Turut diajar dalam program ini adalah manfaat AI kepada industri, etika dan prinsip ketika menggunakan teknologi tersebut.

Durasi kedua-dua program tersebut adalah selama 4 jam dan diisi dengan pelbagai aktiviti serta kuiz yang menarik.

Apa anda dapat selepas selesai kedua-dua program?

Pertama, pengetahuan asas anda tentang AI akan bertambah dan mungkin dapat berbicara tentang teknologi tersebut dengan lebih yakin.

Seterusnya, anda akan menerima dua lencana digital iaitu AI Aware dan AI Appreciate.

belajar AI percuma

belajar AI percuma

Kedua-dua lencana berkenaan boleh dikongsikan dengan orang ramai menerusi media sosial masing-masing.

Program AI ini percuma untuk rakyat Malaysia

Seperti yang dimaklumkan tadi, AI Untuk Rakyat ditawarkan secara percuma sahaja.

Jadi, memang rugi sangat kalau anda lepaskan peluang untuk menyertai program tersebut.

Anda memang tidak akan terus menjadi pakar selepas menamatkan pembelajaran kedua-dua program tersebut.

Namun sekurang-kurangnya AI Untuk Rakyat dapat membantu anda merangka hala tuju sekiranya berminat untuk meneruskan pengajian lanjut tentang AI selepas ini.

BACA: AI Ubah Hidup Manusia Dalam Tempoh Lima Tahun Akan Datang – Bill Gates

Sumber: ai.gov.my

The post Ini Platform Belajar AI Secara Percuma, Dua “Course” Dalam Masa 4 Jam appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*