Anak Mengaku Salah Kelar Ibu, Adik Hingga Cedera Parah

kelar ibu adik

Anak Mengaku Salah Kelar Ibu, Adik Hingga Cedera Parah

MELAKA, 28 Mac (Bernama) — Seorang penganggur mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini hari ini atas dua pertuduhan mencederakan ibu dan adik perempuannya dengan mengelar mereka menggunakan pisau pemotong daging.

Tertuduh, 24, didakwa menyebabkan kecederaan parah kepada ibunya, 49, dan adiknya, 11, dengan menggunakan pisau pemotong daging yang merupakan suatu alat untuk menetak di sebuah rumah di Taman Bukit Larang Indah, Melaka Tengah pada 10 malam, 10 Mac lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A akta sama, yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 40 tahun dan dikenakan denda atau sebat.

Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Nazrin Ali Rahim memohon tertuduh yang tidak diwakili peguam menjalani pemeriksaan di Hospital Permai, Johor bagi mendapatkan laporan kesihatan mental.

Hakim Mohd Sabri Ismail membenarkan permohonan pendakwaan dan menetapkan 19 April ini untuk sebutan semula kes dan serahan laporan psikiatri.

BACA: Tempat ‘Favourite’ Mak-mak Beli Perabot, CEO Jawab Kenapa Jenama Terkenal Courts Mammoth Tukar Nama Jadi COURTS Malaysia

Wanita maut dikelar di leher dipercayai disamun

Sebelum ini, media melaporkan seorang wanita maut akibat dikelar di leher dipercayai disamun dalam kejadian di Kampung Titingan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tawau Supt Champin Piuh berkata pihaknya menerima laporan kejadian terhadap warga asing berusia lingkungan 30-an berkenaan pada 7.30 malam.

“Terdapat kesan cedera di leher mangsa disyaki dikelar dengan objek tajam dan maklumat awal polis mendapati mangsa bersama anak perempuannya berusia setahun sedang berjalan kaki dari rumahnya untuk ke rumah kakaknya di seberang jalan bagi mengambil sayur.

“Apabila sampai di lorong gelap, mangsa dipercayai disamun kerana mangsa juga dipercayai memakai rantai serta subang dan barang kemas itu hilang,” katanya kepada pemberita di sini malam ini.

Champin berkata bagaimanapun siasatan lanjut sedang dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan termasuk mengesan suspek terlibat.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian boleh menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Sumber: BERNAMA

BACA: Dakwa Terdengar Bisikan, Lelaki Nekad Kelar Leher Anak 5 Tahun

The post Anak Mengaku Salah Kelar Ibu, Adik Hingga Cedera Parah appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*