Tetap Ditutup Dengan Cadar, Tapi Kenapa Tilam Dijual Ada Jahitan & Corak Cantik?

Fungsi corak atas tilam

Tetap Ditutup Dengan Cadar, Tapi Kenapa Tilam Dijual Ada Jahitan & Corak Cantik?

Tilam merupakan aksesori penting yang perlu ada dalam sesebuah rumah. Tilam yang menjadi sebahagian daripada katil merupakan lokasi utama untuk kita beristirehat pada waktu malam, khususnya selepas seharian penat mencari rezeki.

Selalunya, tilam di rumah dipadankan dengan cadar, topper atau comforter. Setiap kali tilam hendak dipasangkan cadar atau dilapik dengan topper dan comforter, perasan tak dengan corak-corak atas tilam?

Mungkin ini bukan satu persoalan yang besar, tetapi penah tak terfikir kenapa tilam-tilam perlu ada corak?

Yelah, tilam selalu ditutup dengan benda lain dan hampir pasti bukan selalu mata kita pandang pun corak tersebut. Jadi, apa perlunya corak-corak cantik ini pada tilam, kan?

Hari ini, kita akan merungkai fungsi corak yang pada tilam, yang mana mungkin menyebabkan anda terkesima.

Mungkin tidak begitu berguna buat anda, tetapi berguna bagi para pengusaha tilam

Secara umumnya, corak jahitan pada atas tilam tidak memberikan kesan yang mendalam dari segi hiasan dalam rumah.

Seperti yang diperkatakan di awal tadi, tilam ini akhirnya disarungkan dengan pelbagai penutup lain seperti cadar dan sebagainya.

Dari sudut pengguna, corak jahitan ini sebenarnya tidak mendatangkan fungsi yang kedengaran agak praktikal dalam kehidupan manusia.

Namun percaya tak, corak pada tilam sedikit sebanyak mempengaruhi anda semasa membuat pembelian tilam di kedai, kan?

Menurut Mental Floss, fungsi jahitan dan corak ini lebih signifikan dalam dunia perniagaan tilam yang sangat kompetitif.

Di kedai-kedai, tilam biasanya dijual dalam keadaan kosong tanpa sebarang penutup. Jadi, untuk menjadikan lebih menarik perhatian, corak-corak pada tilam memainkan peranan yang penting.

Berbanding tilam yang kosong, tilam yang ada jahitan khas atau corak bunga mungkin kelihatan lebih mewah atau elegan pada mata sesetengah pelanggan.

Oleh itu, memang tidak dapat dinafikan, selain faktor harga dan keselesaan, ada yang memilih tilam kerana penampilan luarannya. Walaupun pada akhirnya, corak itu mungkin langsung tidak memberikan apa-apa manfaat.

Walau bagaimanapun, para pakar bersetuju bahawa cara terbaik untuk memilih tilam yang tepat adalah dengan mengabaikan corak pada atas tilam.

Sebaliknya, anda perlu berbaring di atasnya bagi menentukan sama ada tilam tersebut memberikan rasa selesa atau sebaliknya. Hal ini disebabkan, manusia akan menghabiskan satu per tiga kehidupannya berbaring di atas katil.

Menurut John Ryan by Design, pengguna perlu membeli tilam yang bersesuaian dengan keperluan tidur mereka sepertti bahan, jangka usia dan sebagainya.

Oleh itu, wajarlah kita memilih tilam yang mampu memberikan keselesaan yang berpanjangan pada tubuh badan kita.

BACA: Bukan Saja-saja Letak, Rupanya Ini Maksud Sebenar Huruf M&M Pada Coklat Terkenal

Sumber: Mental Floss, John Ryan By Design, Quora

The post Tetap Ditutup Dengan Cadar, Tapi Kenapa Tilam Dijual Ada Jahitan & Corak Cantik? appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*