PM Jepun Gesa Syarikat Naikkan Gaji Pekerja Lebih Pantas Berbanding Kenaikkan Kadar Inflasi

PM Jepun Gesa Syarikat Naikkan Gaji Pekerja Lebih Pantas Berbanding Kenaikkan Kadar Inflasi

Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida berkata beliau akan menggesa semua syarikat untuk meningkatkan gaji pekerja masing-masing lebih pantas berbanding kadar kenaikkan inflasi, ketika kerajaan pimpinannya kini berdepan tekanan peningkatan harga barang tertinggi dalam tempoh empat dekad.

Kishida dilapor berkata demikian ketika memberikan ucapan dalam sebuah sidang media di Kuil Ise hari ini. Dalam sidang tersebut, beliau turut mengemukakan beberapa rancangannya yang akan dilaksanakan oleh kerajaan pada tahun ini.

Peningkatan harga barang dan bahan api menyaksikan sokongan terhadap Kishida, yang suatu ketika menjadi pemimpin popular, merosot teruk ke tahap terendah sejak menyandang jawatan Perdana Menteri kira-kira 15 bulan lalu.

Kadar Inflasi Meningkat Dengan Pantas

“Sejak 30 tahun kebelakangan ini, walaupun syarikat korporat mengalami keuntungan, tiada peningkatan gaji yang dilihat setimpal dengan jangkaan serta kesan ‘trickle-down‘ yang dibayangkan.

“Saya akan merangka sebuah sistem yang mampu meningkatkan kadar gaji pekerja setiap tahun,” kata Kishida.

Beliau turut menyebut bahawa sistem yang dirangka mesti mampu meningkatkan kadar gaji yang diterima oleh rakyatnya tanpa gagal dan akan melibatkan kerjasama bersama sektor swasta.

Kerajaan pimpinannya juga sedang mencari penyelesaian bagi isu peningkatan wanita yang meninggalkan pekerjaan sepenuh masa dan kaedah baru untuk meningkatkan kadar kelahiran di negara tersebut.

BACA: Nak Kurangkan Kepadatan, Jepun Bagi RM 33k Setiap Anak Untuk Keluarga Yang Pindah Keluar Dari Tokyo

Sumber: Bloomberg

The post PM Jepun Gesa Syarikat Naikkan Gaji Pekerja Lebih Pantas Berbanding Kenaikkan Kadar Inflasi appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*