PM Kanada Dan Isteri Umum Bercerai

PM Kanada umum bercerai

PM Kanada Dan Isteri Umum Bercerai

Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau dan isterinya Sophie Gregoire Trudeau mengumumkan perpisahan berikutan sudah tiada kefahaman, lapor The Independet.

Pengumuman itu dibuat oleh Justin melalui satu kenyataan yang dimuat naik menerusi Instagram rasminya.

“Seperti biasa, kami akan kekal sebagai keluarga yang rapat dengan kasih sayang dan rasa hormat yang mendalam antara satu sama lain untuk semua yang telah kami bina,” tulis Perdana Menteri itu dalam satu kenyataan di Instagram.

“Untuk kesejahteraan anak-anak kami, kami meminta anda menghormati privasi kami dan mereka,” tambahnya.

Perpisahan bagi pasangan itu berlaku selepas 18 tahun melayari bahtera perkahwinan bersama-sama.

Hasil perkahwinan itu, mereka telah dikurniakan dengan tiga orang anak iaitu Xavier, Ella-Grace dan Hadrien.

“Mereka telah berusaha untuk memastikan bahawa semua langkah undang-undang dan etika berhubung keputusan mereka untuk berpisah diambil kira,” kata pejabat perdana menteri.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Justin Trudeau (@justinpjtrudeau)

“Kedua-dua ibu bapa akan sentiasa hadir dalam kehidupan anak-anak mereka dan orang Kanada akan melihat keluarga itu bersama. Keluarga itu akan bercuti bersama mulai minggu depan,” tambah pejabat perdana menteri itu lagi.

Sophie Gregoire Trudeau adalah merupakan bekas wartawan hiburan dan rakan sekelas kepada adik Justin iaitu Michel.

Sophie mula berkenalan dengan Justin sebagai seorang yang dewasa pada tahun 2003, apabila pasangan itu menjadi tuan rumah bersama untuk majlis pengumpulan dana.

Mereka kemudiannya telah berkahwin di Montreal pada Mei 2005 lalu.

Pada Mei lalu, Perdana Menteri Trudeau menyiarkan satu gambar ulang tahun beliau dan Gregoire Trudeau sambil berpegangan tangan di dalam RV.

“Setiap langkah dalam perjalanan bersama ini adalah satu pengembaraan. Saya cintakan awak, Soph. Selamat ulang tahun!” tulis kapsyen muat naik tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Justin Trudeau (@justinpjtrudeau)

Dalam hantaran ulang tahun pada tahun lalu, Gregoire Trudeau menulis tentang perkahwinan mereka menerusi satu hantaran di Instagram miliknya.

BACA: Taylor Swift Dilapor Beri Bonus Berjumlah RM250 Juta Kepada Semua Krew Konsert Jelajahnya

“Anda semua tahu saya suka jujur: hubungan jangka panjang mencabar dalam banyak cara. Ia memerlukan kerja yang berterusan, fleksibiliti, kompromi, pengorbanan, pengabdian, kesabaran, usaha dan banyak lagi,” tulis Gregoire pada hantaran ulang tahun mereka tahun lalu.

Sumber: The Independent

The post PM Kanada Dan Isteri Umum Bercerai appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*