PM Sahkan Terlibat Dalam ‘Proses’ Menilai Permohonan Pengampunan Diraja Najib

anwar penilai pengampunan diraja najib

Anwar Sah Jadi ‘Penilai’ Dalam Permohonan Pengampunan Diraja Najib

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan beliau menjadi sebahagian daripada pihak yang terlibat dalam proses menilai permohonan pengampunan diraja bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Menurut laporan Astro Awani, perkara tersebut sedikit sebanyak memberi gambaran bahawa Perdana Menteri kesepuluh itu berkemungkinan akan menjadi salah seorang ahli dalam Lembaga Pengampunan bagi permohonan berkenaan.

Namun tegasnya, tiada sebarang konflik berkenaan kedudukannya ketika ini untuk menjadi sebahagian daripada proses terbabit.

“Dia tidak berbangkit (konflik), soalnya proses mohon pengampunan dibenarkan oleh sesiapa tetapi tentunya kita akan patuh pada syarat dan peraturan.

“Walaupun saya akan berada dalam proses itu, akhirnya seperti yang saya tahu, soal penganugerahan pingat, soal pengampunan itu bawah budi bicara Yang-di Pertuan Agong,” katanya.

Anwar berkata demikian ketika ditemui hadir dalam Majlis Pelancaran Program Kita Untuk Kita di PPR Kampung Baru Hicom, hari ini.

Dalam pada itu, Anwar menyifatkan masih terlalu awal untuk dirinya mengulas berkenaan proses tersebut. Baginya, proses ini masih lagi berada pada peringkat awal.

“Masih terlalu awal, saya pun belum lihat apa-apa dokumen lagi setakat ini. Kita perlu lihat kes secara menyeluruh dah proses ini masih lagi dalam peringkat awal.

“Apa yang saya lihat buat masa ini cuma permohonan dari UMNO dan parti atau individu ada hak untuk buat rayuan,” katanya lagi.

MKT UMNO bakal mohon pengampunan diraja bagi pihak Najib

Sebelum ini, Majlis Kerja Tertinggi UMNO dilaporkan bakal memohon kepada Yang Dipertuan Agong untuk memberi pengampunan kepada Datuk Seri Najib Razak.

Pertimbangan itu dibuat selaras dengan kuasa yang dimiliki Seri Paduka Baginda. Kuasa yang termaktub di bawah Perkara 42 (1) Perlembagaan Persekutuan.

Rayuan pengampunan itu dibuat selepas keputusan Mahkamah Persekutan baru-baru ini menolak permohonan yang dikemukakan untuk menyemak semula sabitan kes dan hukuman penjara yang dihadapi bekas Perdana Menteri itu.

Sabitan kes tersebut dibuat berhubung dengan kes dana SRC yang membabitkan dirinya.

Pada masa yang sama, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan tindakan itu juga tidak mempunyai sebarang niat untuk memberi tekanan kepada baginda.

Pada 31 Mac lalu, Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Najib untuk membenarkan semakan keputusan Mahkamah Persekutuan.

PIhak tersebut telah menolak rayuan akhir defendan atas kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International.

Berikutan itu, panel hakim yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat, yang mengekalkan sabitan bersalah, hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap Najib, adalah kekal pada 23 Ogos tahun lepas.

Ini menyebabkan Najib terpaksa kekal di Penjara Kajang. Satu-satunya pilihan terakhirnya untuk dibebaskan adalah menerusi pengampunan diraja daripada Yang di-Pertuan Agong.

BACA: “Mung Sape?”, Pedas, UAI Tegur Sikap Netizen Suka Masuk Campur Urusan Tetapan Hari Raya

Sumber: Astro Awani

The post PM Sahkan Terlibat Dalam ‘Proses’ Menilai Permohonan Pengampunan Diraja Najib appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*