PM usik Mat Sabu: ‘Ini telur tak ada’

Perdana Menteri Anwar Ibrahim sempat bergurau dengan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu berkaitan masalah kekurangan bekalan telur ayam dalam pasaran.

“Ini telur tak dak,” katanya dalam loghat utara ketika bersalam dengan presiden Amanah sebelum mesyuarat khas kabinet di Putrajaya hari ini.

Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof yang berdiri di sebelah Mohamad turut menyampuk gurauan itu tetapi suaranya tidak dapat didengar dengan jelas.

Dialog itu antara yang terakam dalam video daripada Pejabat Perdana Menteri yang dikongsi bersama media berkaitan kehadiran menteri untuk bermesyuarat selepas memasuki pejabat masing-masing sebelum itu.

Gambar hiasan

Minggu lepas, dilaporkan krisis bekalan telur ayam terus membelenggu apabila ia masih sukar didapati di pasaran di seluruh negara.

Terdapat juga peruncit mengehadkan jualan selain mengenakan harga yang mahal.

Anwar yang mengangkat sumpah jawatan pada 26 November berikrar untuk menjadikan isu kos sara hidup sebagai keutamaannya.

BACA: ‘Syed Saddiq needs to stop doing that, masa tak sesuai gila’ – Ada netizen luah rasa tak gemar dengan perbuatan Presiden Muda tetapi…

Kredit: Malaysiakini

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*