Polis Buru Lelaki Dipercayai Pukul, Bakar Anjing Hidup-Hidup

lelaki bakar anjing hidup-hidup

Polis Buru Lelaki Dipercayai Pukul, Bakar Anjing Hidup-Hidup

JOHOR BAHRU, 30 Mac (Bernama) — Polis memburu seorang lelaki yang disyaki bertindak kejam memukul serta membakar seekor anjing hidup-hidup.

Pemangku Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara Supt Fariz Ammar Abdullah berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu yang didakwa berlaku di sebuah klinik haiwan di Taman Impian Emas, Skudai.

Beliau turut mengesahkan menerima laporan polis pada 2.59 petang, Isnin lepas, daripada orang awam yang memaklumkan haiwan liar berkenaan dipukul dan dibakar hidup-hidup, selain memberitahu mengenai video insiden itu yang tular.

“Tujuan laporan polis dibuat adalah untuk merujuk kes terbabit kepada Jabatan Veterinar Johor bagi menjalankan siasatan berhubung penyeksaan haiwan.

“Kes ini akan disiasat Jabatan Veterinar Johor mengikut Seksyen 29(1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015 yang memperuntukkan hukuman denda minimum RM25,000 dan maksimum RM100,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

BACA: Kata Nak Tengok Je, 5 Punca Ramai Tak Nak Keluar Dari Tempat Ni, Normal Kalau Suami Kena Sidai

Sebelum ini, tular sebuah video berdurasi 8 minit 54 saat menunjukkan seorang lelaki menghidupkan api pada seekor anjing yang terhalang oleh dinding.

Video itu turut menunjukkan lelaki berkenaan meninggalkan kawasan tersebut dengan memandu kenderaannya.

Sumber: BERNAMA

The post Polis Buru Lelaki Dipercayai Pukul, Bakar Anjing Hidup-Hidup appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*