“Takut Nak Tolak…”, Gadis Buntu Mak Ayah Cuba ‘Aturkan’ Jodoh Dengan Anak Kawan

gadis mak ayah aturkan jodoh

“Takut Nak Tolak…”, Gadis Buntu Mak Ayah Cuba ‘Aturkan’ Jodoh Dengan Anak Kawan

Perkahwinan yang bahagia menjadi impian setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga. Kata orang, salah satu syarat agar mahligai yang dibina bertahan lama adalah harus saling percaya dan jujur antara satu lama lain.

Ringkasnya, kepercayaan dan kejujuran ini adakalanya dapat dibina melalui perkenalan terlebih dahulu. Saling kenal-mengenal keperibadian pasangan, adalah cara untuk kita menangkap bayangan seperti apa rumah tangga yang akan dibina kelak.

Jadi, sudah tentu kita mahu pilih sendiri pasangan kita, supaya sepadan dan saling menerima. Agak sukar sekiranya perkahwinan itu diatur oleh pihak ketiga, seperti oleh keluarga terdekat atau melalui rakan-rakan.

Begitulah kisah dilema dihadapi oleh seorang gadis yang dikongsikan Twitter @twtmalaywedding pada 15 Julai 2023.

Menerusi ciapan berkenaan, wanita itu buntu memikirkan masa depan selepas ibu bapanya merancang memperkenal dirinya kepada anak kawan mereka.

Gadis buntu mak ayah cuba aturkan jodoh

Walaupun mengakui dia belum berpunya dan tiada hubungan istimewa dengan sesiapa, namun sukar untuk dirinya menerima pasangan yang diaturkan orang lain.

Katanya sebagai seorang perempuan, sudah tentu dia memiliki ciri-ciri seorang lelaki yang mahu dijadikan suami dan ketua keluarga kelak.

Namun, apabila memikirkan situasi yang dihadapi ketika ini, jelas dia merasa buntu dengan tindakan yang perlu diambil.

“Saya perlu ke ikut kata parents? Pada saya kalau dari parents ni maybe ada berkatnya. Jadi saya takut nak tolak. Tapi saya pula tak mahu.”

Lebih-lebih lagi, dia mengakui langsung tidak mengenali sosok pasangan yang ingin diperkenalkan kepadanya.

Pada masa yang sama, dia juga tertanya-tanya, adakah salah sekiranya dia memilih calon suami berdasarkan latar belakang pendidikannya.

“Adakah saya kecilkan pemikiran saya? Adakah saya berfikiran tertutup dan being judgemental?”

Menurut tweet itu, anak rakan orang tuanya itu dipercayai hanyalah pemuda yang bekerja di kampung sahaja.

“Saya bukan merendahkannya. Sebab ayah saya pun orang kampung. Disebabkan pengalaman itu dan tengok latar belakang keluarga, saya ada pendapat sendiri tentang latar belakang pendidikan.

“Saya tak tahu nak bercakap tentang ini dengan siapa. Saya pula dah lama tak bercinta, saya rasa sedia untuk mulakannya. Saya buntu sangat. Bantu saya,”

Jawapan dari pengguna media sosial

Pihak TwtWedding telah menjawab persoalan wanita tersebut dengan jawapan yang ringkas dan padat.

“Jika parents tak memaksa, boleh cuba tolak secara baik. Terangkan bersungguh yang anda tak suka cara macam ni.”

Selain itu, wanita tersebut disarankan agar berkenalan dengan lelaki tersebut terlebih dahulu.

“Tapi sebelum kenal lagi dah tolak, mungkin parents akan kecil hati. So cuba taaruf dulu, setkan tempoh perkenalan. Dalam tempoh tu, tanya soalan sebanyak mungkin.”

Bagi TwtWedding, pihaknya berpendapat bahawa tahap pendidikan tidak menentukan seseorang invidu itu pandai atau sebaliknya.

“Ada yang belajar tinggi-tinggi sampai Master PhD, tapi ‘kurang’ juga dalam beberapa perkara. Ada yang cerdik pandai tetapi tiada peluang dan kewangan untuk sambung belajar.

“Sebelum ini, banyak je cerita yang isteri lebih tinggi pendidikan dari suami, tapi masih boleh hidup bahagia berpuluh tahun,” jelasnya.

Walau bagaimanapun, calon suami ditegaskan perlulah seorang yang rajin dan bertanggungjawab dan tidak pernah berputus asa.

BACA: Ini Maksud “Coordinated Inauthentic Behavior” & Kesannya Kepada Masyarakat

Sumber: @twtmalaywedding via Twitter

The post “Takut Nak Tolak…”, Gadis Buntu Mak Ayah Cuba ‘Aturkan’ Jodoh Dengan Anak Kawan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*