Polis Kesan Syafiq Raj Bantu Siasatan Kes Cuba Bunuh

polis kesan syafiq raj

Polis Kesan Syafiq Raj Bantu Siasatan Kes Cuba Bunuh

MELAKA, 27 Mac (Bernama) — Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes cubaan membunuh seorang pesara pada 27 Feb lepas.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata lelaki itu, Syafiq Raj Kalai Selvan, 27, dicari selepas disyaki melanggar seorang lelaki dengan kereta hingga mangsa cedera parah.

“Mangsa sebelum itu menegur dua suspek lelaki yang berada di dalam kereta supaya memperlahan radio yang dibuka kuat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Christopher berkata satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan bunuh, yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 20 tahun.

Beliau berkata seorang lagi suspek berjaya ditahan pada 27 Feb lepas di kawasan Ayer Keroh di sini.

Katanya orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan Syafiq Raj diminta menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Ahmad Nazam Md Shah di talian 012-722 1913.

BACA: Polis Tahan Penyewa Lelaki Terlibat Kes Penemuan Puluhan Bangkai Kucing

Polis mohon bantuan kesan Aliah Qistina, ibu dakwa anak dilarikan

Gambar: Cinta Zara Angelica

Sebelum ini media melaporkan, seorang ibu kepada kanak-kanak hilang, Noor Fatimahtul Zaharah Talib meminta orang ramai untuk membantu mengesan anak perempuannya yang hilang sejak 17 Mac lalu.

Dalam hantaran Facebooknya, wanita tersebut memberikan perkembangan terkini berkenaan berita kehilangan anaknya pada minggu lepas.

Dakwanya, Aliah (anaknya) dipercayai telah dibawa lari oleh seorang individu tidak dkenali menghala ke Johor Bahru, Johor.

Individu tersebut didakwa merupakan seorang lelaki warganegara asing yang berusia dalam lingkungan 20an. Lelaki tersebut dikatakan berkulit gelap dan berkerja di kawasan perumahannya.

Wanita tersebut meminta bantuan orang ramai untuk mengesan keberadaan anak perempuannya.

Ketua Polis Daerah Jasin, DSP Ahmad Jamil Radzi berkata kanak-kanak perempuan berusia 16 tahun tersebut didapati hilang pada alamat: J9284, Jalan Kolam Air 3, 77000 Jasin Melaka.

Aliah merupakan salah seorang murid di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Iskandar Shah, Jasin.

Dia memiliki ketinggian lebih kurang 159 sentimeter (cm) dan berat badan lebih kurang 50 kilogram (kg).

Selain itu, Aliah turut memiliki tubuh yang kurus dan tinggi, berkulit hitam manis dan mengenakan cermin mata.

Sumber: BERNAMA

The post Polis Kesan Syafiq Raj Bantu Siasatan Kes Cuba Bunuh appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*