IshowSpeed Isytihar Bukan Lagi Peminat Manchester United, Kini Sokong Al-Nassr

ishowspeed manchester united

IshowSpeed Isytihar Bukan Lagi Peminat Manchester United, Kini Sokong Al-Nassr

IshowSpeed merupakan antara pempengaruh media sosial yang sangat terkenal di dunia. Selain kerap melakukan siaran langsung bermain permainan video melalui Youtube dan sebagainya, dia juga terkenal sebagai seorang peminat tegar bola sepak.

Dia diketahui merupakan peminat kelab yang beraksi di Liga Perdana Inggeris (EPL) iaitu Manchester United. Malah, pemain bola sepak yang paling diminatinya adalah legenda MU sendiri iaitu, Cristiano Ronaldo.

Sebelum ini, turut tular beberapa foto ketika dia berpeluang bertemu dengan Ronaldo sewaktu pemenang Ballon d’Or 5 kali itu masih ‘merumput’ di Old Trafford.

Bagaimanapun, kepulangan kali kedua Ronaldo ke kelab berkenaan tidak kekal untuk tempoh yang lama, malah berakhir dalam keadaan yang boleh dikira agak menyedihkan.

IshowSpeed bukan lagi peminat Manchester United

Selepas melemparkan kritikan pedas kepada majikan dan jurulatih MU secara terbuka sewaktu beliau masih menyarung jersi kelab itu, kontrak Ronaldo kemudian ditamatkan. Beliau seterusnya berkelana ke benua Asia dan beraksi bersama Al-Nassr di Liga Pro Arab Saudi.

Berbalik kepada cerita IshowSpeed atau Speed, dia baru-baru ini memuat naik satu hantaran yang agak mengejutkan di platform X.

Katanya, kerana berduka dan kecewa dengan prestasi semasa kelab kesayangannya itu, dia mengisytiharkan kini bukan lagi penyokong MU.

Keputusan itu dibuat selepas MU tewas 2-3 kepada Galatasary di laman sendiri dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah awal pagi semalam.

”Cukup setakat ini. Keputusan itu adalah penamatnya. Saya bukan lagi peminat MU. Sebenarnya, saya sudah pun menyokong MU sejak 1987 dan pemegang pas bermusim sejak 1999.

 

”Saya tidak akan memperbaharui pas tersebut lagi. Ten Hag dan Onana melanggar batas hari ini. Saya akan menjadi penyokong Al-Nassr bemula saat ini, kerana mereka tahu bagaimana menguruskan kelab bola sepak,” katanya.

Terdahulu, MU tewas kepada Galatasary biarpun mendahului perlawanan sebanyak dua kali. Walaupun penyerang baharu mereka, Rasmus Højlund menyumbat dua gol, namun kecermelangannya dibayangi aksi tidak terduga penjaga gol, Andre Onana.

Penjaga gol tersebut melakukan sekurang-kurangnya dua kesilapan mudah yang menyaksikan kedua-duanya berakhir dengan gol untuk Galatasary.

Selepas dua perlawanan peringkat kumpulan, MU masih gagal mengumpul sebarang mata dalam saingan UCL setakat ini.

BACA: Raikan ‘Kemenangan’ Terlalu Awal, Peluncur Korea Selatan Dipintas Lawan 0.01 Saat Di Garisan Penamat

Sumber: IshowSpeed

The post IshowSpeed Isytihar Bukan Lagi Peminat Manchester United, Kini Sokong Al-Nassr appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*