Polis Mohon Bantuan Orang Ramai Kesan Remaja Hilang Sejak April 2022

polis mohon bantuan kesan orang hilang

IPOH, 16 Jan (Bernama)Polis memohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang dilaporkan hilang di Taman Perpaduan di sini sejak April tahun lepas.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata remaja itu dikenali sebagai Muhammad Fahrin Hakimi Ismail yang beralamat di No 14, Tingkat Perpaduan 18, Taman Perpaduan dekat sini.

Laporan kehilangannya dibuat oleh bapa saudaranya di Balai Polis Tambun pada 8 Sept 2022 iaitu kira-kira lima bulan selepas remaja tersebut dikatakan kali terakhir dilihat di rumahnya.

“Remaja berkenaan merupakan anak saudara kepada arwah isteri pengadu yang tinggal bersamanya selepas kematian ibu dan bapanya sejak berumur 15 tahun,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Yahaya berkata mangsa keluar tanpa memaklumkan kepada ahli keluarga sejak 2 April lepas dan pengadu telah mencari mangsa di merata tempat dan bertanya kepada kawan-kawannya tetapi masih tidak dijumpai sehingga hari ini.

Orang ramai diminta menghubungi Sarjan Muhamad Tarkey Burhanuddin di talian 0175310918 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh di talian 052451500 jika mempunyai maklumat lanjut.

Sumber: BERNAMA

BACA: Polis Siasat Anggota Benar Orang Awam Pegang Senjata Api

The post Polis Mohon Bantuan Orang Ramai Kesan Remaja Hilang Sejak April 2022 appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*