Polis Sahkan Muhammad Fikri Korban Kesembilan Tragedi Kepala Air Jeram Air Putih

muhammad fikri kepala air jeram

Polis Sahkan Muhammad Fikri Korban Kesembilan Tragedi Kepala Air Jeram Air Putih

CHUKAI, 7 Julai (Bernama) — Mayat lelaki yang ditemukan pada 9.20 pagi tadi disahkan seorang daripada mangsa tragedi kepala air Jeram Air Putih, Muhammad Fikri Saliman, 24, dari Batu Pahat, Johor.

Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Hanyan Ramlan berkata mayat kesembilan itu disahkan melalui hasil laporan cap jari oleh Bukit Aman.

“Pengecaman mayat Muhammad Fikri dibuat menggunakan kaedah tersebut di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu.

“Ia disebabkan keadaan mayat Muhammad Fikri terlalu ‘uzur’ selepas tujuh hari untuk membolehkan pengesahan secara fizikal dibuat oleh waris,” katanya ketika ditemui di Pusat Kawalan Operasi di Balai Polis Air Putih, di sini hari ini.

Hanyan berkata mayat Muhammad Fikri akan diserahkan kepada waris pada 10 malam ini untuk urusan pengebumian.

Sementara itu, Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Penguasa Kanan II Azman Alias berkata operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari ini telah ditangguhkan atas faktor cuaca yang tidak mengizinkan.

“Laporan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia pada petang ini juga memaklumkan bahawa akan berlaku hujan lebat di hulu kawasan pencarian.

“Operasi akan disambung semula esok pada 7.30 pagi secara berpusat di lokasi tumpuan di ketiga-tiga sektor dan akan lebihkan perincian di setiap kawasan yang telah telah dikenal pasti,” katanya.

Beliau berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan seorang lagi mangsa belum ditemukan iaitu Putri Nor Fatin Karim, 14, telah tertimbus pasir sungai, berdasarkan kepada penemuan mayat sebelum ini.

“Kita akan tugaskan beberapa kumpulan untuk buat penggalian di beberapa tempat yang wujud beting pasir baharu di lokasi SAR dan menggunakan anjing pengesan dari Unit K9 untuk membantu pencarian,” katanya.

Dalam kejadian Sabtu lepas, sembilan sekeluarga dari Felda Lepar Hilir, Kuantan, Pahang dan Muhammad Fikri dikatakan pergi berkelah di jeram berkenaan sebelum dihanyutkan arus deras kepala air.

Jenazah tujuh daripada sembilan sekeluarga yang terkorban iaitu Karim Abdullah, 39, dan isterinya, Azizah Eiyi, 40, serta lima anak mereka Muhammad Zulqarnain Haikal Karim, 11; Putri Nurerina Natasya Karim,10; Muhammad Haziq Ziqree Karim, 6; Putri Aryana Umaira Karim, 4, dan Putri Balqis Izzati Abdul Rahman, 18, selamat dikebumikan pada Selasa lepas di Tanah Perkuburan Islam Lepar Hilir 3, Kuantan.

Jenazah mangsa kelapan, Putri Alleya Maisarah Karim, 16, pula selamat dikebumikan bersebelahan kubur ibu bapa dan lima beradiknya pada Rabu.

BACA: Nak Padam Akaun Threads? Kena Padam Akaun Instagram Dulu Baru Boleh

Sumber: Bernama

The post Polis Sahkan Muhammad Fikri Korban Kesembilan Tragedi Kepala Air Jeram Air Putih appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*