Elon Musk Minta Nak Jumpa Dengan Saya Minggu Depan – PM Anwar

elon musk berunding anwar

Elon Musk Minta Nak Jumpa Dengan Saya Minggu Depan – PM Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla, Elon Musk meminta untuk berjumpa pada minggu hadapan.

Beliau berkongsi berita tersebut ketika berucap pada Majlis Amanat Perdana Menteri Kepada Penjawat Awam Negeri Sembilan di Dewan Majlis Bandaraya Seremban, di sini hari ini.

Difahamkan, kehadiran sosok berkenaan adalah untuk membincangkan kemungkinan untuk menambah pelaburan di Malaysia.

“Minggu hadapan, Elon Musk (Ketua Pegawai Eksekutif Tesla) meminta berunding dengan saya. Untuk bincang kemungkinan komitmen beliau untuk tambah pelaburan di Malaysia. Semua ini dengan bermulanya tata kelola serta pengurusan ekonomi yang baik,” katanya.

Anwar sifatkan tata kelola dan pengurusan ekonomi yang baik mampu menarik minat dan keyakinan pelabur.

Justeru, kehadiran pelabur domestik dan asing untuk melabur di negara ini diyakini sekali gus dapat memastikan ekonomi tumbuh dengan pesat.

Jelasnya, ini terbukti melalui kemasukan pelaburan asing yang berjaya dicatatkan dari China dan Jepun serta Arab Saudi baru-baru ini.

Anwar turut menjelaskan pentadbirannya komited untuk membawa masuk pelaburan besar ke Malaysia.

“Minggu lalu saya jumpa pelabur-pelabur Jepun yang mahu menambah dan mengembangkan pelaburan mereka, beberapa bulan yang lalu saya ke negara China, hasil pelaburan China ke Malaysia adalah paling tinggi dalam sejarah,” katanya.

Selain itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, syarikat Saudi Aramco dari Arab Saudi sebelum ini turut bersetuju untuk mengembangkan pelaburan mereka di Johor.

Elon Musk jumpa PM Anwar bincang soal pelaburan

“Ini penting, jika tiada pelaburan, pengangguran akan meningkat, ekonomi tidak akan berkembang, restoran, hotel dan lain juga akan terjejas,” katanya.

Majlis Amanat Perdana Menteri yang berlangsung hari ini turut diserikan dengan kehadiran beberapa individu.

Antaranya, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun dan Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook.

Rurut hadir, Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Dr Zulkapli Mohamed.

BACA: Nak Padam Akaun Threads? Kena Padam Akaun Instagram Dulu Baru Boleh

Sumber: Bernama

The post Elon Musk Minta Nak Jumpa Dengan Saya Minggu Depan – PM Anwar appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*