Polis Siasat Video Tular “Rider” Gaduh Dengan “Security”

rider gaduh security

Polis Siasat Video Tular “Rider” Gaduh Dengan “Security”

Polis dilaporkan sedang menjalankan siasatan berhubung satu insiden pergaduhan yang membabitkan seorang penghantar barangan dan pengawal keselamatan dalam video yang tular pada hari ini, lapor Sinar Harian.

Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintenden Nazron Abd Yusof berkata bahawa siasatan lanjut berkaitan kejadian itu masih lagi sedang dijalankan.

“Saksi terlibat dalam kejadian telah dikenal pasti dan akan dipanggil untuk membantu siasatan.

“Kertas siasatan berkaitan kejadian turut dibuka di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Sebelum ini, video pergaduhan melibatkan dua individu di sebuah bangunan di ibu kota telah tular di media sosial.

Menerusi video perkongsian tersebut, pergaduhan dipercayai tercetus selepas penghantar barangan itu tidak dibenarkan masuk ke dalam bangunan terbabit.

Bagaimanapun, pelanggan penghantar barangan terbabit bertegas agar penghantar itu dibenarkan masuk ke bangunan untuk menghantar barangan tersebut.

BACA: Sekiranya Dilaksanakan Tahun Depan, PLKN 3.0 Untuk Mereka Yang Lahir Pada 2007 Sahaja

Sumber: Sinar Harian

The post Polis Siasat Video Tular “Rider” Gaduh Dengan “Security” appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*