Polis Tahan Dua Warga Pakistan Terlibat Kes Samun, Rogol

Polis Tahan Dua Warga Pakistan Terlibat Kes Samun, Rogol

SERDANG, 17 Jan (Bernama) — Polis menahan dua lelaki warga Pakistan yang disyaki terlibat dengan jenayah samun dan rogol di sekitar jejantas stesen KTM Serdang.

Ketua Polis Daerah Serdang ACP A.A.Anbalagan berkata kedua-dua suspek ditahan di kawasan kaki lima kondominium Taman Serdang Perdana, Seri Kembangan pada pukul 8.30 malam Isnin lepas.

Beliau berkata suspek pertama berumur 29 tahun disyaki menyamun seorang wanita di jejantas KTM Serdang pada 30 Dis lepas, manakala suspek kedua berumur 23 tahun disyaki menyamun dan merogol seorang wanita berumur 29 tahun di sekitar kawasan sama pada 14 Jan lepas.

Bercakap kepada pemberita dalam sidang media di Ibu pejabat Polis Daerah Serdang di sini hari ini, beliau berkata telefon mangsa dilarikan dalam kedua-dua kejadian.

“Kedua-dua suspek ditahan mengikut Seksyen 392/397/376 Kanun Keseksaan serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan direman selama tujuh hari bermula semalam,” katanya.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Seorang anggota polis berpangkat sarjan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, di sini hari ini atas dua pertuduhan menerima suapan tiga tahun lepas.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh, 36, didapati secara rasuah memperoleh suatu suapan iaitu wang tunai RM2,000 daripada Hasnah Ahmad Shah pada 9 Mac 2021 sekitar 3 petang di sebuah rumah di Taman Rambai Idaman, Melaka Tengah.

Sumber: BERNAMA

BACA: UPKK: Kertas Sirah Dijadualkan Semula Ke 24 Jan – Mohd Na’im

The post Polis Tahan Dua Warga Pakistan Terlibat Kes Samun, Rogol appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*