Polis Tahan Lelaki Didakwa Mengamuk Bersama Pisau Potong Daging Di Pandan Indah

Polis Tahan Lelaki Didakwa Mengamuk Bersama Pisau Potong Daging Di Pandan Indah

Pihak polis telah menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 45 tahun yang didakwa mengamuk sambil bersama pisau pemotong daging di sebuah apartment Taman Lembah Maju, Pandan Indah, Selangor, hari ini.

Memetik Astro Awani, lelaki yang mengenakan jaket merah itu merupakan seorang tukang gunting rambut dan dipercayai seorang pesakit mental.

Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak,  pihak polis telah menerima panggilan daripada orang ramai kira-kira pukul 10.51 pagi yang merasa khuatir dengan gelagat lelaki berkenaan.

Beliau berkata, sepasukan anggota polis yang tiba di lokasi tersebut terpaksa mengambil masa yang agak lama untuk menenangkan lelaki itu, sebelum ditahan bagi menjalankan siasatan lanjut.

“Polis turut merampas sebilah pisau pemotong daging berhulu kayu dengan lilitan tali rafia, panjang lebih kurang 30 sentimeter,” katanya dalam kenyataan di sini, pada Rabu.

Tambahnya, suspek yang berada dalam video tersebut merupakan pemegang kad pesakit mental (PSY) serta mempunyai rekod.

Berdasarkan semakan awal juga, suspek ketika ini sedang menjalani rawatan di wad kuning PSY di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Mohammad Farouk berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana menakutkan orang dengan unsur-unsur jenayah.

Bagi seksyen tersebut, jika pesalah disabitkan kesalahan, mereka boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Selain itu, lelaki tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 186 kanun sama kerana menghalang penjawat awam ketika menjalankan tugas, yang juga memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga bulan atau denda atau kedua-duanya sekali.

Sebelum ini, gelagat menakutkan lelaki berkenaan sambil menggunakan pisau pemotong daging itu sempat dirakam penduduk sebelum tular di pelbagai platform media sosial.

Dalam video tersebut, suspek kelihatan sedang memakai jaket, berseluar panjang serta bertopi keledar dan kelihatan cuba untuk mengacukan pisau pemotong daging tersebut ke arah anggota polis yang cuba menenangkannya.

BACA: Pasangan Kekasih Ditahan Selepas Dikejar Polis Sejauh 130KM

Sumber: Astro Awani

The post Polis Tahan Lelaki Didakwa Mengamuk Bersama Pisau Potong Daging Di Pandan Indah appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*