Kerja-Kerja Penambahbaikan, Penyenggaraan & Ganti Aset LRA Sungai Langat Telah Dimulakan

Kerja-kerja penambahbaikan

Kerja-Kerja Penambahbaikan, Penyenggaraan & Ganti Aset Di Sungai Langat Telah Dimulakan

Air Selangor pada hari ini memaklumkan bahawa kerja-kerja penambahbaikan, penyenggaraan dan penggantian aset di Loji Rawatan Air Sungai Langat (LRA Sg Langat) telah dimulakan jam 9.00 pagi tadi.

Perkara itu dimaklumkan Air Selangor menerusi hantaran mereka di laman X rasmi syarikat tersebut.

Difahamkan, kerja-kerja itu juga dijangka akan siap sepenuhnya pada jam 7.00 malam ini.

Selain itu, bekalan air juga dikatakan akan mula disalurkan secara berperingkat kepada pengguna di lokasi terjejas selepas sistem bekalan air distabilkan.

“Bekalan air dijangka pulih sepenuhnya di kesemua kawasan terjejas di wilayah Petaling, Kuala Lumpur, Hulu Langat pada jam 12:00 tengah hari, 12 Oktober 2023 (Khamis),” tulis kenyataan dari Air Selangor itu.

Air Selangor juga memberitahu bahawa tempoh masa gangguan bekalan air di kawasan terjejas adalah berbeza.

Ia dikatakan bergantung kepada jarak lokasi pengguna dan tekanan air pada sistem agihan bekalan air.

Kredit Air Selangor
Kredit Air Selangor
Kredit Air Selangor
Kredit Air Selangor

Susulan kerja-kerja dan masalah gangguan bekalan air yang dihadapi pengguna, Air Selangor telah menggerakkan lori-lori tangki air ke kawasan yang terjejas.

Lori-lori tangki air tersebut telah dikerahkan ke premis-premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian.

Dalam pada itu, bantuan bekalan air alternatif menerusi tujuh Pusat Khidmat Setempat (PKS) turut disediakan oleh Air Selangor.

Air Selangor juga memaklumkan bahawa kesemua pelanggan komersial boleh membeli bekalan air terawat di mana-mana kaunter khidmat pelanggan Air Selangor.

“Bagi pelanggan komersial, bekalan air terawat boleh dibeli di mana-mana kaunter khidmat pelanggan di seluruh wilayah Air Selangor.

“Bagi tujuan ini, pelanggan komersial boleh menggunakan lori tangki air masing-masing di dua stesen pengisian air. Dibuka di Sunway Batu Caves dan Selayang Mutiara,” tambah kenyataan itu lagi.

Sebelum ini, Air Selangor telah mengadakan sesi taklimat bersama wakil-wakil rakyat bagi kawasan yang terjejas pada 9 Oktober lalu.

Sesi taklimat itu telah diketuai oleh YB Izham Hashim, EXCO Infrastruktur & Pertanian Negeri Selangor.

Sesi taklimat itu diadakan bagi memastikan kelancaran pembekalan air untuk para pengguna dalam tempoh kerja-kerja yang bakal dijalankan kelak.

BACA:“Tak Tahu Boleh Dapat RM500” Lelaki Bongkar ‘Rahsia’ Bayaran Kat Cashier Mydin

Sehubungan dengan itu, Air Selangor juga menasihati orang ramai untuk mendapatkan maklumat berkenaan masalah gangguan bekalan air berjadual dari semasa ke semasa.

Pengguna boleh melayari saluran komunikasi rasmi Air Selangor untuk mendapatkan maklumat mengenai isu tersebut.

Pengguna juga boleh melayari saluran komunikasi rasmi yang lain seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan X atau hubungi Air Selangor di talian 15300.

Sumber: X/air_selangor

The post Kerja-Kerja Penambahbaikan, Penyenggaraan & Ganti Aset LRA Sungai Langat Telah Dimulakan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*