Popular Dengan Watak Nanami Dalam JJK, Kenjiro Tsuda Jadi Pelakon Suara Garakakus Dalam Mechamato

pelakon alih suara jepun

Popular Dengan Watak Nanami Dalam JJK, Kenjiro Tsuda Jadi Pelakon Suara Garakakus Dalam Mechamato

Filem animasi terkenal Malaysia, Mechamoto yang dilaporkan bakal ditayangkan di Jepun pada Januari depan telah menjadi buah mulut daripada peminat animasi terbabit.

Apa yang menarik mengenai Mechamato untuk pasaran Jepun ini adalah penglibatan seorang pelakon suara terkenal negara tersebut, Kenjiro Tsuda.

Jika anda penggemar siri anime Jepun, nama Kenjiro Tsuda sudah pasti sudah tidak asing lagi dalam dunia animasi tersebut.

Berita gempar tersebut dikongsikan oleh pengguna laman X yang bernama @boboibo_y baru-baru ini.

Menariknya, perkongsian berkenaan turut dihantar semula oleh seorang pengasas bersama, pemilik dan CEO Animonsta Studios Sdn. Bhd, Nizam Abd Razak.

Menurut perkongsian tersebut, Kenjiro dikatakan bakal membawa watak Jeneral Grakakus yang merupakan watak antagonis utama dalam animasi tersebut.

Kredit THTF

Jeneral Grakakus adalah pemburu Power Sphera dan mengejar Mechabot untuk mendapatkan kuasa

“Filem Mechamoto bakal tiba di Jepun. Kenjiro Tsuda akan memainkan watak Jeneral Grakakus, musuh utama filem ini.

”Pelakon alih suara terkenal anime bakal muncul dalam Mechamoto. Saya merupakan peminat anda, ini adalah berita baik,” tulis muat naik tersebut.

Mechamoto adalah animasi keluaran syarikat Monsta yang turut menghasilkan sebuah lagi siri animasi popular Boboiboy.

Cipta Sejarah, Filem Mechamato Menang Anime Fan Award Di Tokyo

Terdahulu, Mechamato mencipta sejarah apabila memenangi tempat pertama bagi kategori Anime Fan Award di Tokyo Anime Award Festival (TAAF) 2023.

Difahamkan, keputusan itu diumumkan menerusi laman rasmi TAAF di mana filem tersebut menerima sebanyak 40,590 undian daripada peminat.

Mechamato sekaligus mengalahkan filem animasi lain seperti TIGER & BUNNY 2 Part 1 dan Dragon Ball Super: Super Hero.

Di media sosial, Nizam Abd Razak berkongsi kegembiraan mengenai Mechamato menang Anime Fan Award dengan orang ramai.

“Pertama kali dimenangi oleh animasi luar Jepun, Mechamato cipta sejarah dengan anugerah ‘Anime Fan Award’ di Tokyo.

“Mechamato berjaya mendapat nombor 1 kategori Anime Fans Award di Tokyo Anime Award Festival 2023. Terima kasih semua atas undian dan sokongan” katanya pada Khamis.

Tambah Nizam, Mechamato merupakan animasi luar Jepun pertama yang menangi kategori tersebut.

“Rupanya Mechamato merupakan animasi luar Jepun yang pertama memenangi kategori ini di Tokyo Anime Award Festival” ujarnya.

BACA: “Akhirnya Dapat Tengok Depan Mata..,” Peminat Dari Jepun Nekad “Fly” Ke Malaysia Demi Filem Mechamato

Sumber: X/@boboibo_y

The post Popular Dengan Watak Nanami Dalam JJK, Kenjiro Tsuda Jadi Pelakon Suara Garakakus Dalam Mechamato appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*