“Power Bank” Dipercayai Terbakar, Dua Penumpang Pesawat Ke Singapura Cedera

‘Power Bank’ Terbakar, Dua Penumpang Cedera Dalam Penerbangan Ke Singapura

Dua penumpang dilaporkan mengalami kecederaan selepas sebuah bank kuasa (power bank) dilaporkan terbakar ketika dalam sebuah penerbangan ke Singapura, hanya beberapa minit sebelum pesawat berlepas pada Selasa (10 Januari).

“Penerbangan Scoot TR993, yang dijadualkan berlepas dari Taipei menuju ke Singapura pada 10 Januari, terpaksa kembali ke pintu masuk selepas bank kuasa kepunyaan seorang penumpang menjadi terlampau panas ketika kapal terbang masih di landasan,” kata pihak Scoot terhadap soalan yang diajukan dari pihak CNA.

Syarikat penerbangan berkenaan mengesahkan pesawat kembali ke ruang pintu masuk dalam keadaan selamat.

Menurut Scoot lagi, pemilik pengecas mudah alih tersebut berserta rakannya mengalami kecederaan jari terbakar yang tidak serius dan bantuan perubatan telah diberikan.

“Kami akan menjadualkan semua penerbangan tersebut dan akan menyediakan tempat penginapan dan makanan kepada penumpang yang terlibat,” kata Scoot lago.

Berdasarkan laporan media tempatan, pihak berkuasa lapangan terbang dimaklumkan mengenai kebakaran di dalam kabin ketika pesawat Scoot masih berada di landasan dan sedang melakukan persediaan untuk berlepas dari Lapangan Terbang Taoyuan kira-kira 7.40 malam.

Ekoran itu, anggota bomba dikerahkan ke tempat kejadian dan kapal terbang tersebut dibenarkan kembali ke pintu masuk selepas api berjaya dipadamkan.

Menurut media tempatan, insiden tersebut bagaimanapun tidak menjejaskan operasi pesawat-pesawat lain.

“Scoot sangat kesal dan meminta maaf atas insiden ini. Keselamatan pelanggan dan kru adalah keutamaan terbesar bagi pihak kami,” kata syarikat penerbangan tersebut dan memaklumkan bahawa siasatan lanjut mengenai insiden tersebut masih dijalankan.

BACA: (Video) Tolong JANGAN Sesekali Letak Powerbank Korang Kat 3 Tempat Ni Kalau Nak Pakai Lama

Sumber: Channel News Asia (CNA)

The post “Power Bank” Dipercayai Terbakar, Dua Penumpang Pesawat Ke Singapura Cedera appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*