PPZ-MAIWP Terima Zakat Perniagaan Bernilai RM2 Juta Daripada RHB Islamic Bank

KUALA LUMPUR, 18 APRIL 2023: RHB Islamic Bank Berhad (“RHB Islamic”) hari ini menyerahkan zakat perniagaannya sebanyak RM2 juta bagi tahun kewangan 2022 kepada Pusat Pungutan Zakat – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (“PPZ-MAIWP”) menerusi program Imarah Ramadan RHB Islamic Bank Berhad 2023.

Melalui program yang sama, 22 pemenang cabutan bertuah dipilih di bawah Kempen Semarak Zakat yang telah berlangsung dari April hingga Oktober 2022 khusus untuk warga kerja RHB. Kempen tersebut telah berjaya menarik 102 orang pembayar baru dan 80 orang yang membuat penambahan bayaran zakat melalui potongan gaji bulanan. Pemenang-pemenang tersebut memenangi hadiah temasuk Samsung Galaxy Tab, Telekung Siti Khadijah, Jam Buruj dan eWallet bernilai RM100.

Kempen Semarak Zakat ini merupakan kesinambungan kapada kerjasama strategik yang telah dimeterai pada tahun 2022 bagi tujuan mengoptimumkan potensi dan keberhasilan zakat. Ini merangkumi aspek kutipan, pengurusan zakat wakalah dan agihan zakat yang termasuk Kempen Pelanggan Mewah, Skim Wakalah dan Skim Kafalah Muzakki (Khairat Kematian) bagi kakitangan RHB.

Menurut Pengerusi PPZ-MAIWP Tan Sri Dato’ Sri Dr. Abdul Aziz Abdul Rahman, PPZ-MAIWP menawarkan Skim Wakalah atau pengembalian semula wang zakat bukan sahaja bagi bayaran zakat perniagaan tetapi juga kepada majikan yang membuat potongan gaji zakat kakitangan sebanyak RM100,000 setahun dan ke atas pada kadar 12.5%.

“Melalui Skim Wakalah ini pihak majikan mengambil kembali bahagian wang zakat yang ditunaikan untuk diagihkan sendiri kepada kakitangan mereka yang kurang berkemampuan,” katanya.

“RHB Islamic terus memberi sokongan kepada PPZ-MAIWP untuk memaksimakan impak agihan zakat melalui pelbagai inisiatif dan kerjasama strategik. Oleh itu, saya berbesar hati menyerahkan zakat korporat RHB Islamic bagi tahun 2022 yang berjumlah RM2 juta kepada pihak PPZ-MAIWP.

“Ini merupakan jumlah zakat korporat terbesar yang pernah RHB Islamic tunaikan kepada PPZ-MAIWP setakat ini dan kami berharap agar dapat menggandakannya lagi pada tahun-tahun yang akan datang untuk faedah golongan para asnaf,” kata Dato’ Adissadikin Ali, Pengarah Urusan / Ketua Pegawai Eksekutif, RHB Islamic Bank Berhad.

Justeru itu, PPZ-MAIWP menyeru masyarakat Islam khususnya syarikat dan organisasi di Wilayah Persekutuan untuk menunaikan zakat perniagaan mereka di PPZ-MAIWP agar lebih ramai lagi asnaf dapat disantuni.

Turut hadir di majlis penyerahan zakat tersebut adalah Tan Sri Dato’ Sri Dr. Abdul Aziz Abdul Rahman Pengerusi PPZ-MAIWP, Dato’ Mohamad Nasir Ab Latif Pengerusi RHB Islamic Bank Berhad, Encik Mohd Rashid Mohamad Pengarah Urusan Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbankan RHB, Dato’ Adissadikin Ali Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif RHB Islamic Bank dan Azlan Shaari Pengurus Besar Operasi Dalam PPZ-MAIWP.

The post PPZ-MAIWP Terima Zakat Perniagaan Bernilai RM2 Juta Daripada RHB Islamic Bank appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*