PRN: PDRM Terima 42 Laporan Polis Kad Pengenalan Diguna Orang Lain – KPN

PDRM terima 42 laporan polis

PRN: PDRM Terima 42 Laporan Polis Kad Pengenalan Diguna Orang Lain – KPN

KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) — Sebanyak 42 laporan polis telah diterima di enam negeri yang terlibat dengan Pilihan Raya Negeri (PRN), setakat pukul 6 petang tadi berhubung dakwaan kad pengenalan mereka digunakan oleh orang lain untuk mengundi.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata laporan paling banyak diterima di Selangor iaitu 16, diikuti Kedah (sembilan) Pulau Pinang sebanyak (lapan), Terengganu (lima), Negeri Sembilan (tiga), dan Kelantan (satu).

“Kami menjangkakan laporan polis berhubung pemalsuan kad pengenalan akan meningkat selepas tempoh pengundian berakhir 6 petang tadi,” katanya dalam sidang media khas PRN di Bukit Aman di sini malam ini.

Menurutnya kes disiasat mengikut Seksyen 7 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 kerana menggunakan kad pengenalan orang lain.

Katanya polis akan memanggil akan memanggil saksi dan pengadu dalam masa terdekat untuk melengkapkan kertas siasatan.

Razarudin berkata selain itu polis turut menerima enam lagi laporan antaranya melibatkan kes peti undi tidak diikat yang berlaku di Pulau Pinang, individu yang tidak berpuas hari jari kanannya dicelup dakwat, mencetak kertas undi palsu dan memakai baju berlambang parti politik dalam pusat mengundi.

“Mengenai kotak undi yang tidak diikat, PDRM menyerahkan kes itu kepada Suruhanjaya Pilihan Raya untuk tindakan susulan,” katanya.

Dalam pada itu Razarudin turut menyifatkan penyokong parti politik yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri kali ini amat matang dan ini dapat dilihat apabila sepanjang tempoh berkempen dan mengundi dijalankan tiada sebarang laporan polis berkaitan merusuh, mencederakan serta membakar oleh penyokong parti politik.

“Laporan polis yang diterima hanya melibatkan kesalahan pilihan raya dan bukan jenayah,” katanya.

Razarudin turut mengucapkan terima kasih kepada anggota PDRM yang bertugas di lapangan sepanjang PRN berlangsung bagi memastikan ketenteraman awam dan keselamatan dalam keadaan terjaga.

BACA: Ramai Lega, Masalah Lif PPR Selesai Selepas Tindakan Ini, Siap Nak Bagi Internet Percuma

Sementara itu mengulas mengenai tindakan seorang penyokong parti politik cuba menceroboh sebuah balai polis di Kelantan, Razarudin berkata kejadian berkenaan disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam melaksanakan tugas.

“Jabatan Integriti dan Pematuhan Standart PDRM turut akan menjalankan siasatan jika terdapat sebarang kesalahan tindak laku anggota polis yang bertugas semasa kejadian,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial satu rakaman video menunjukkan seorang lelaki bermotosikal yang memakai baju tertera bendera sebuah parti politik dikasari beberapa lelaki di hadapan pintu masuk sebuah IPD di sebuah negeri di Pantai Timur.

Sumber: BERNAMA

The post PRN: PDRM Terima 42 Laporan Polis Kad Pengenalan Diguna Orang Lain – KPN appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*