Takut tercalarkan kereta, pekerja pembersihan minta alih kenderaan tapi kena marah pula

Seorang pemilik kereta mewah, Mercedes bertindak memarahi pekerja pembersihan yang memintanya untuk memindahkan kenderaan.

Kejadian yang berlaku di sebuah kejiranan eksklusif di Kovan, Singapura itu bermula apabila laluan pemandu lori sampah disekat.

Hal ini kerana, kereta mewah itu diparkir di bahu jalan yang sering digunakan bagi mengutip sampah di kejiranan tersebut.

Bimbang Mercedes itu tercalar sekiranya perjalanan diteruskan, pemandu itu mula mencari pemilik kenderaan di sekitar kawasan perumahan.

Menurut saksi kejadian yang merupakan seorang penduduk, pemandu itu singgah di rumahnya untuk bertanya siapakah pemilik kenderaan terbabit.

Penduduk yang dikenali sebagai Liu itu tidak dapat memberikan sebarang maklumat kerana dia tidak tahu menahu siapakah pemiliknya.

Pemandu lori sampah itu kemudian beredar dari rumahnya dan meneruskan usaha untuk mencari pemilik sebenar kerana dia perlu menyiapkan pekerjaannya.

Tiba-tiba, saksi mendengar suara bising dari luar rumah dan melihat seorang lelaki berusia 40an sedang memarahi dan menengking pemandu terbabit.

Menurut laporan Shin Min Daily News, lelaki itu bertindak sedemikian rupa kerana rasa dirinya tidak dihargai dan dihormati.

Pergaduhan mulut itu hampir membawa ke arah fizikal sebelum pihak polis dipanggil ke tempat kejadian bagi menjernihkan keadaan.

“Polis meluangkan masa kira-kira sejam untuk menasihati pemilik kereta supaya mengalihkan kenderaannya,” ulas Liu.

Baca juga: Trafik tinggi punca MyJPJ sukar diakses, Anthony tegaskan ianya hanya bersifat sementara

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*