Puma Henti Taja Pasukan Bola Sepak Israel Mulai 2024

Puma Henti Beri Tajaan Kepada Pasukan Bola Sepak Israel Mulai Tahun Depan

Puma Henti Taja Pasukan Bola Sepak Israel Mulai 2024

Syarikat jenama sukan terkenal asal Jerman, Puma dilapor akan menamatkan penajaan ke atas pasukan bola sepak Israel pada tahun depan.

Keputusan tersebut telah diputuskan sejak setahun lalu dan dikatakan tiada kena mengena dengan mana-mana kempen boikot yang berlaku ketika ini.

Menurut AFP, keputusan untuk menghentikan tajaan ke atas beberapa pasukan kebangsaan termasuk Israel adalah sebahagian daripada penilaian semula strategi Puma yang dibuat pada 2022.

Keputusan Puma henti taja pasukan bola sepak Israel tiada kena mengena dengan kempen boikot

“Pengumuman penajaan ke atas beberapa pasukan kebangsaan baharu akan dibuat tidak lama lagi.

“Pada masa yang sama, kontrak penajaan ke atas beberapa pasukan kebangsaan seperti Serbia dan Israel akan tamat pada 2024.

“Keputusan ini dibuat sejak 2022 dan selari dengan ketetapan garis masa rekaan serta pembangunan jersi pasukan kebangsaan,” kata Puma.

Difahamkan, Puma menandatangani kontrak penajaan bersama Persatuan Bola Sepak Israel (IFA) pada 2018.

Sejarah Puma

Sejarah jenama ini bermula dengan penubuhan Gebrüder Dassler Schuhfabrik atau Kilang Kasut Dassler Bersaudara oleh adik-beradik, Rudolf dan Adolf Dassler pada 1911.

Mereka memulakan perniagaan ini di rumah keluarga sebelum berpindah ke fasiliti yang lebih sesuai pada 1924.

Selepas beberapa tahun beroperasi, produk keluaran mereka mula mendapat permintaan yang tinggi. Ramai atlet-atlet, khususnya atlet Jerman yang bertanding di Sukan Olimpik Amsterdam 1928 memakai kasut jenama Gebrüder Dassler.

Selepas 28 tahun bersama, kedua-dua adik beradik ini memutuskan untuk berpecah. Rudolf Dassler bersama 14 kakitangan kemudian berpindah ke satu lagi bangunan milik keluarga mereka.

Disana, Rudolf melakukan pengubahsuaian bangunan itu kepada kilang dan menubuhkan perniagaan kasut sukan sendiri yang dikenali sebagai Schuhfabrik Rudolf Dassler (RUDA).

Syarikat ini kemudian didaftarkan sebagai entiti perniagaan pada Januari 1948 dan memulakan operasi pada 1 Jun tahun yang sama.

Empat bulan kemudian, terlahirlah jenama Puma dan didaftarkan di Pejabat Paten & Cap Dagang Jerman.

Pada Disember 1948, Rudolf Dassler mengumumkan hasratnya untuk menamakan syarikat itu sebagai PUMA Schuhfabrik Rudolf Dassler.

Perincian nama baharu itu kemudian ditambah dalam daftar nama syarikat komersial Jerman pada 14 Januari 1949.

BACA: ‘Gerenti’ Jadi, Cara Buat Tempe Sendiri Di Rumah, Hanya Guna 3 Bahan

Sumber: AFP, Puma

The post Puma Henti Taja Pasukan Bola Sepak Israel Mulai 2024 appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*