Jambatan Pulau Pinang Ditutup Sementara Pada Ahad Untuk Larian Maraton

jambatan pulau pinang ditutup sementara ahad

Jambatan Pulau Pinang Ditutup Sementara Pada Ahad Untuk Larian Maraton

GEORGE TOWN, 14 Dis (Bernama) — Jambatan Pulau Pinang akan ditutup sementara sempena acara “Penang Bridge International Marathon 2023” bermula 12.01 tengah malam hingga 10 pagi, Ahad ini.

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dalam kenyataan memaklumkan jambatan itu akan dibuka dan beroperasi seperti biasa bermula 10 pagi pada hari yang sama selepas acara larian tamat.

Sehubungan itu, PLUS menasihatkan orang ramai supaya menggunakan Jambatan Sultan Abdul Halim Muad’zam Shah (Jambatan Kedua Pulau Pinang) sebagai jalan alternatif dan mematuhi semua papan tanda serta arahan diberikan.

“Pengguna lebuh raya boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi Aplikasi X @PLUSTrafik, Aplikasi PLUS, Chatbot PUTRI atau papan tanda elektronik (VMS) di lokasi-lokasi terpilih,” menurut kenyataan itu.

Pengguna lebuh raya juga boleh menghubungi PLUSLine di 1800-88-0000 sekiranya ingin mendapatkan bantuan apabila berlaku kecemasan dan PLUS mengucapkan terima kasih atas perhatian serta kerjasama semua pengguna lebuh raya.

Untuk makluman, PBIM acara sukan tahunan terbesar di utara Semenanjung membuat kemunculan semula dengan larian fizikal tahun ini selepas berehat selama dua tahun dan difahamkan seramai 26,000 peserta telah mendaftar.

Kategori perlumbaan termasuk Maraton Penuh (42km), Separuh Maraton (21km) dan Larian 10km (Terbuka/Junior).

BACA: Bukan Puncak Everest, Rupanya Ini Lokasi Paling Dekat Dengan Angkasa Lepas

Sumber: Bernama

 

The post Jambatan Pulau Pinang Ditutup Sementara Pada Ahad Untuk Larian Maraton appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*